Sejarah terpahat di bumi Darul Iman apabila buat pertama kalinya pesawat B 747-400 melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. - Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.
Oleh: Aida Abd Rahman
Terengganu sekali lagi mengukir sejarah gemilang apabila pesawat B 747-400 membuat pendaratan pertama di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Terengganu, 3.00 petang semalam ( 11 Oktober).
Pendaratan pesawat itu akan diiikuti dengan pendaratan dan penerbangan lain terutama untuk acara World Endurance Championship (WEC) 2008 yang dijangka bermula 17 Oktober ini, manakala penerbangan Haji terus dari Kuala Terengganu ke Jeddan pada 13 November 2008.
Dato' Ahmad Said menyampaikan sijil dan cenderahati kepada penumpang pertama B 747.
Pada tahun ini, LTSM akan mengendalikan 18 penerbangan pergi dan balik jemaah haji, semnetara WEC pula tidak kurang daripada 10 penerbangan kargo melibatkan pesawat Airbus dan B 747, di mana ianya tidak termasuk penerbangan yang menggunakan pesawat peribadi dari seluruh dunia.
Malah, semalam juga berlangsung majlis menandatangani satu perjanjian untuk membiayai lebihan kos pengendalian haji pihak Malaysia Airline System (MAS) sebanyak RM4,690,000.
MOU antara Kerajaan Negeri dengan MAS Berhad disaksikan Menteri Besar Terengganu.
Lebihan kos itu adalah kos yang terpaksa ditanggung oleh pihak MAS akibat perubahan operasi penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke LTSM.
Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, berkta kira-kira 3,000 jemaah haji akan berlepas dari LTSM melibatkan jemaah dari Terengganu, Pahang dan Kelantan.
Anak yatim diberi penerangan mengenai perspektif dalaman B747 oleh paramugari.
“Kerajaan Negeri berpendapat perbelanjaan yang dikeluarkan akan dipulangkan balik dalam ekonomi negeri dalam bentuk sewaan bilik hotel serta peluang perniagaan kepada rakyat tempatan.
“Dari segi fasilii disediakan, LTSM telah mencapai taraf lapangan terbang antarabangsa dan kerajaan sedang berusaha mendapat pengiktirafan dari Kementerian Pengangkutan untuk mengiktiraf LTSM sebagai lapangan antarabngsa, khususnya sebagai pintu masuk utama ke Wilayah Timur,”kata beliau selepas menyambut ketibaan penumpang pertama B 747-400 melibatkan sekumpulan media Terengganu, petang semalam.
Pendaratan B747 di bumi Terengganu oleh Datuk Kapten Nawawi Awang, seorang pilot berasal dari Terengganu.
Menteri Besar sebelum itu menghadiri dua majlis di Dungun dan bergegas pulang ke Kuala Terengganu untuk menyambut ketibaan penumpang penerbangan itu.
No comments:
Post a Comment