Sunday, September 28, 2008

Gigi harus dijaga ...



Gigi dikatakan mahkota kepada wajah .. so kalau dah tahu mahkota mengapa tak jaga .. inilah kesan kalu malas berus gigi ... semua model di atas cantik-cantik tapi bila disenyum nampakkan giginya ... kucing pun lari ..... So Selamat Menyambut Hari Gigi ... Jagalah Gigi Anda agar senyuman ada melahirkan senyuman menawan ....

Bersatu Kita Teguh ..


Raya juga bererti kita harus bersatu .. Dengan himpunan keluarga keutuhan hanya dapat dibina apabila kesatuan dapat dibina. Tanpa kesatuan dan sepakat kita tak mampu membina satu keluarga yang kukuh ...so lihatlah kesatuan yang membentuk satu harus dijadikan landas hidup.

Dibawah itu amat penting ... tanpa yang dibawah yang atas tiada guna.


Lihat semua cantik-cantik dibawah .. maksudku selipar.. satu kaki ain, satu kaki jeje, satu kaki abah dan dua kaki nina .. semua bergaya dengan selipar raya baru . Oh kata bawah punya pun mahu raya ... ingatlah kita bahawa banyak perkara harus dimulakan dari bawah ... Allah swt telah memberi satu pengajaran kepada kita tiada yang bawah maka tiadalah yang atas .. so jangan hanya berpendapat yang atas sahaja penting . Ini kerana tiada yang bawah maka yang atas tiada upaya untuk berdiri teguh.

Lihat kalu beraya hanya dengan pakaian baju sahaja yang baru .. masih tiada maknanya. Ini kerana berdiri teguh dan cantiknya penampilan baju kerana sokongan kaki. Oleh itu yang dikaki juga haruslah ceria dan kuat... jadi jangan terlalu sukakan pada pakaian atas tetapi mengabaikan apa yang dikaki. Saya mencadangkan sebelum membeli baju ... alas kaki harus didahulukan .. mahal kat bawah tak apa ... janji kemana kita bergerak ..kaki akan membawa kita ...

Ambillah manfaat bahawa jangan sekali kali kerana dia dibawah maka kita tidak menyukainya. Kalau kita dah jadi ketua, ingat-ingatlah bahawa kerja kita tak sempurna jika hanya kita tumpukan kepada boss sahaja ... ingat siapa yang lebih ramai boss ke orang bawah ... renunglah bersama

Selipar Raya Semangat Exam

Beli selipar untuk raya ke selipar untuk exam PMR ? tak apalah janji raya tetap kena bergaya so yang mudah bergaya dalam keadaan sekarang adalah selipar ... jenis apa tu? Mesti ada brand .. Diadora ... nak kata mahal tak sangat tetapi sama macam abah cukup. Bila boleh semua pakaian baru rasa lega sikit tension nak exam ... cuma raya 4 hari aje .. nanti balik ke sekolah ...dgn buku pulak kita beraya .. so selamat semuanya ... insyallah mudahan seperti yang didoa dan dipohon ...kita semua berjaya .. SELAMAT HARI RAYA ...

Letih bukan kerana puasa ....


Keletihan puasa ... tak apa belajar dahulu menghayati hikmat dan nikmat ramadhan.. nanti bila besar tidak susah dan memahami inilah tanggungjawab yang harus dipenuhi. Bukan satu kesukaran untuk memenuhi tanggungjawab tetapi itulah tanggungjawab kita kepada Allah swt. Sesungguhnya Kita harus bersyukur kerana kat Malaysia ning ... puasa dah jadi pesta apa tidaknya bagi mereka yang berpuasa pentang adalah waktu untuk bershopping makanan dan juadah ... hanya perlu sediakan duit sahaja .. apa yang nak semua dapat.

Lihat di atas yang puasanya kakak sajidah ...tetapi kerana memahami kakaknya tak boleh makan, si nina juga belajar puasa ... letih ..letih ..semua tertidur dalam perjalanan pulang ke rumah..

Kedai Kasut You


Mula operasi di Kuala Terengganu sekitar tahun 2004 dan kini berjaya menjadi kedai kasut pilihan warga kota K.Terengganu ... kejayaan membina empayar perniagaan dan menjadi pilihan kedai kasut warga trg merupakan satu kejayaan.

Poster Raya di Mydin Terengganu

Segalanya di Mydin Terengganu ... itulah satu kehebatan Mydin Terengganu. Kalu gi Giant harganya Mahal ..so gi Mydin save sikit bajet raya ... yang lebih menarik semua yang ada dari sampin mureh hinggalah yang mahal pun ada ...tapi satu perkara yang perlu kita semua tahu ..sampin tu buatan india cuma bunga atau coraknya bunga terengganu ... janji beraya sakan kita