Thursday, August 21, 2008

Koleksi Peristiwa Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh.

Galeri gambar 'demam' pilihan raya Permatang Pauh
21-08-2008 05:37:34 PM

21 Ogos 2008


Antara sepanduk yang dipasang untuk menarik perhatian orang ramai sempena pilihanraya kecil Permatang Pauh di Jalan Kubang Semang di sini, hari ini.


Peniaga Eng Lai Tee (kanan) bersama anaknya Chow Chin Chuan, 16, sibuk menyiapkan sepanduk BN yang ditempah oleh penyokong BN di kedainya di sini, hari ini.


Penulis bebas, Elias Idris melihat bukunya, "51 Dalil Anwar Jadu PM" semasa ceramah di Stadium Mini MPSP, Permatang Rawa pada malam kelmarin.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) menyerahkan peruntukan kepada pengerusi jawatankuasa Masjid Jalan Baru, Ishak Mohamad (kanan) sambil diperhatikan Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid (tengah) di Masjid Bukit Perda, Bukit Mertajam, malam semalam.

20 Ogos 2008


Calon Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Hanafi Mamat merenung jauh berhampiran kain rentangnya ketika beliau memulakan kempen pilihan rayanya di Bulatan Bukit Tengah, Permatang Pauh di sini, hari ini. Hanafi memberitahu pemberita yang beliau telah pulang ke Kelantan selepas proses penamaan calon lima hari yang lepas. Dia dan beberapa pembantunya yang baru tiba dari Kelantan mula memasang kain rentang dan mengedarkan posternya tengah hari ini.


Jaguh badminton negara, Lee Chong Wei bersalaman dengan orang ramai yang menyambut ketibaannya di Dewan Badminton Berapit di sini, hari ini. Mengiringi beliau adalah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob dan calon Barisan BN bagi kawasan Parlimen Permatang Pauh, Datuk Arif Shah Omar Shah (kanan). Ahad lepas, pemain nombor dua dunia itu meraih pingat perak di temasya Sukan Olimpik setelah tewas kepada pemain nombor satu dunia dari China, Lin Dan.


Calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua dari kiri) bersama Dr Toh Kin Woon (tiga dari kanan) dan Datin Paduka Dr Tan Yee Kew (kanan) semasa sidang akhbarnya di Taman Sama Gagah, Permatang Pauh, hari ini.


Mustapha Abdullah, 60, yang cacat anggota badan membawa Ketua Pemuda UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menaiki motosikal untuk ke rumahnya di Kampung Tanah Liat semasa beliau berkempen sempena pilihan raya kecil Permatang Pauh di sini, hari ini.


Poster calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Jalan Permatang Pauh.


Anggota polis mengiringi seorang suspek keluar dari Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini, setelah mahkamah itu memerintahkan tahanan reman selama tiga hari ke atas tertuduh hari ini. Suspek ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes dua jurugambar cedera dipukul sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat selepas berakhirnya proses penyerahan borang pencalonan bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh di Institut Perguruan Tuanku Bainun pada 16 Ogos lalu. Setakat ini polis telah menahan tiga lelaki bagi membantu kes itu.


Calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah menunjukkan kemahirannya membancuh kopi tarik ketika beliau mengadakan lawatan ke sebuah gerai penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Penanti di sini, baru-baru ini.


Kenderaan pacuan empat roda milik PKR yang dipenuhi gambar pemimpin-pemimpin dunia digunakan untuk berkempen di Permatang Pauh.


Calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalam dengan penunggang motosikal semasa berkempen di Pekan Penanti, Bukit Mertajam, hari ini.


Nurul Izzah, anak calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbual dengan Teoh Khoon Khoon, 65 (duduk) semasa berkempen di Pekan Penanti, Bukit Mertajam, hari ini.


Dr Novandri Hasan Basri (kiri) dari Klinik Kesihatan Bergerak Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gelugor melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas Rokiah Mohd Ali, 92, ketika turun padang bersama Exco Puteri UMNO, Nolee Aishilin Radzi (kanan) berkempen sempena pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh di Kampung Pertama di sini, semalam.

19 Ogos 2008


Kain rentang yang dinaikkan oleh jentera pilihan raya Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi peringatan supaya media melaporkan perkara yang benar, seolah-olah memperlekehkan media tidak telus dalam penulisan dan melaporkan perkara yang tidak benar sempena pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh (P44) di sini, hari ini. Kain rentang tersebut dinaikkan sempena kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.


Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (tiga, kanan) mengedarkan poster calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah kepada Abdullah Aziz, 62, (kiri) ketika mengadakan kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh dengan wanita Umno di Kampung Permatang Ara di sini, hari ini.


Calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah turut memotong rumput di kawasan Surau Tuan Haji Hashim Tanjung Putus di sini, ketika beliau hadir pada program gotong-royong bersama belia Permatang Pauh, hari ini.


Calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendukung Tan Jun H'ng, 7 bulan, sambil diperhatikan isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan bapa Jun H'ng, Tan Lai Chuan, 30, (kiri) semasa berkempen di Taman Ciku, Bukit Mertajam, hari ini.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (tengah) berbincang sesuatu dengan anggota majlis qariah Masjid Permatang Pauh ketika beliau tiba untuk menunaikan solat Maghrib di Masjid itu di sini, malam tadi. Imam masjid berkenaan, Othman Mohamad Kunjoo memohon kepada Mohd Najib untuk pembinaan baru bagi menggantikan masjid yang sudah berusia 35 tahun itu kerana tidak lagi dapat menampung eamaah yang bertambah ramai serta keadaannya yang telah uzur.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak beramah mesra dengan sepasang suami isteri warga emas, Desa Arit, 88, dan Fatimah Bakar, 81, ketika melawat rumah mereka di Kampung Samagagah di sini, semalam.

18 Ogos 2008


Anggota keselamatan sentiasa bersiap-sedia mengawal sebarang kemungkinan yang berlaku sepanjang kempen pilihan raya kecil Parlimen Pauh.



Penyokong Barisan Nasional memasang bendera parti itu di hadapan bilik gerakan Puteri Umno di Permatang Pauh.


Petugas Puteri Umno gigih menyediakan bendera dan poster untuk menghangatkan lagi kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.


Beberapa wakil Puteri Umno merujuk peta bagi melihat kawasan-kawasan yang termasuk dalam Parlimen Permatang Pauh.

17 Ogos 2008


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak beramah mesra dengan penduduk-penduduk Kampung Permatang Rawa semasa membuat lawatan ke kampung berkenaan di sini, hari ini. Najib berada di sana untuk menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan pelancaran jentera pilihanraya parlimen Permatang Pauh peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir di Permatang Janggus.


Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said (tengah) menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat mengenai beberapa insiden jentera pembangkang yang mengganggu dan menghalang petugas BN memasang poster dan bendera di kawasan itu di Balai Polis Kubang Semang di sini, hari ini.


Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama (dari kiri) Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengangkat tangan calon BN bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh Datuk Arif Shah Omar Shah (dua, kiri) sebagai tanda sokongan terhadap beliau selepas mengadakan perjumpaan bersama anggota jawatankuasa dan pegawai masjid Permatang Pauh di sini, hari ini.


Calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah (dua dari kanan) memeluk Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebaik sahaja ketibaan Abdullah di Tanah Liat, Bukit Mertajam, hari ini.


Seorang penunggang basikal sedang lalu di hadapan poster calon PKR,
Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.


Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi beramah mesra dengan Ustaz Abu Bakar Endot (empat, kiri) dan beberapa penduduk Kampung Sungai Semambu,Tanah Liat di sini, semasa turun padang berkempen bersama calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh Datuk Arif Shah Omar Shah hari ini. Turut sama Ketua UMNO Permatang Pauh Datuk Abdul Jalil Abdul Majid (tiga, kanan).


Salah satu daripada tarikan kempen pilihan raya Permatang Pauh oleh PKR, sebuah replika meriam dibalut dengan bendera parti itu di Jalan Permatang Pauh.


Calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) bersama isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail ketika sidang media di Bilik Gerakan Utama Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Penanti dekat sini, pagi ini.


Calon BN Datuk Ariff Shah Omar Shah (kanan) beramah bermesra dengan penyokong-penyokong PKR dan DAP ketika mereka membuat kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh di Kampung Cross Street di sini, hari ini.


Bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Mohd Ezam Mohd Noor (tiga dari kanan) bersama calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah (dua dari kanan) bersalaman dengan orang ramai selepas ceramah di Kampung Tanah Liat, Bukit Mertajam, malam semalam


Calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menyampaikan ceramah di Kampung Baru Sungai Lembu, Bukit Mertajam, semalam.

16 Ogos 2008


Jurufoto Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) Mohamed Sairen Mohamed Nafis, 26, menunjukkan bahagian belakangnya yang dipukul oleh penyokong PKR kepada Exco Pemuda UMNO Datuk Mukhriz Tun Mahathir pada sidang media di sini, hari ini. Dalam kejadian itu, beliau mendakwa dipukul oleh penyokong-penyokong PKR selain kameranya dilarikan selepas berakhirnya proses penyerahan borang pencalonan Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh, di Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini.


Jurufoto agensi berita asing Halim Berbar menunjukkan kepalanya yang cedera akibat dipukul oleh penyokong PKR ketika cuba membantu Jurufoto Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) Mohamed Sairen Mohamed Nafis, 26, (kiri) yang dibelasah oleh penyokong-penyokong parti pembangkang itu, pada sidang media di sini, hari ini. Turut hadir Exco Pemuda UMNO Datuk Mukhriz Tun Mahathir


Seorang penyokong PKR memakai topeng calon parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa hadir memeriahkan hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh di Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini, hari ini.


Penyokong PKR menunggu di bawah terik mentari sambil dikawal ketat oleh polis di semasa penamaan calon pilihan raya Parlimen Permatang Pauh di Maktab Perguruan Tuanku Bainun,Bukit Mertajam,Pulau Pinang


Ahli Pemuda Umno mencabar penyokong PKR semasa menunggu
proses penamaan calon tamat.


Calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghilangkan dahaga sambil dikelilingi para penyokongnya selepas menghantar kertas pencalonannya di Maktab Perguruan Tuanku Bainun, Mengkuang, Bukit Mertajam.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (dua, kanan), Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (tiga, kiri), Ketua Pemuda MCA Datuk Liow Tiong Lai memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah (kanan) selepas beliau menyerahkan borang penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pauh di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini, hari ini


Calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah bersalaman dengan calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas masing-masing menyerahkan borang penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini, hari ini.


Calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah menyerahkan borang pencalonannya bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh di Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini, hari ini. Pencalonannya dicadangkan oleh Abdul Kalam Ahmad (dua, kanan).


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (berkemeja biru) mengiringi calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah (berbaju Melayu kuning) tiba di pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh, di Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini, hari ini.
Turut mengiringi Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam
(berbaju kemeja putih).


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua, kiri) diiringi isteri Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang juga Presiden PKR, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa (kiri), Anggota Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang serta Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (belakang, tengah) ketika tiba di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil P.44 Parlimen Permatang Pauh, di Institut Perguruan Tuanku Bainun, di sini hari ini.


Pelbagai aksi ditunjukkan oleh para penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berkumpul di padang Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini, hari ini yang menjadi pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pauh.


Penyokong-penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS membanjiri padang Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini untuk memberi sokongan kepada Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengemukakan borang pencalonannya di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil P.44 Parlimen Permatang Pauh
di institut itu hari ini.


Para penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerbu seorang penyokong Barisan Nasional (BN) (tiga, kiri) yang lalu di hadapan mereka semasa menuju ke pusat penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh di Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini, hari ini.


Beberapa anggota Puteri UMNO memberi bantuan kepada seorang rakan mereka yang pengsan ketika memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional Datuk Arif Shah Omar Shah yang mengemukakan borang pencalonannya di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil P.44 Parlimen Permatang Pauh di institut itu hari ini.

15 Ogos 2008


Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim (berdiri kiri) berucap di Masjid Guar Perahu, Permatang Pauh, Pulau Pinang.


Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim (empat dari kanan) bersama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (lima dari kanan) ketika sidang akhbar di pusat operasi DAP Taman Arowana, Permatang Pauh, Pulau Pinang.


Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) berjabat tangan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sejurus tiba di pusat operasi DAP Taman Arowana, Permatang Pauh, Pulau Pinang.


Calon Barisan Nasional Datuk Seri Arif Shah Omar Shah (kanan) bersalaman dengan barisan pemuda Umno selepas melancarkan jentera pemuda Umno Permatang Pauh.


Calon Barisan Nasional Datuk Seri Arif Shah Omar Shah bersama-sama barisan pemuda Umno selepas melancarkan jentera pemuda Umno Permatang Pauh.


Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil disambut anggota-anggota Wanita dan Puteri UMNO semasa mengadakan perjumpaan tertutup bagi menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika hadir di sesi taklimat mengenai persiapan anggota polis pada pilihan raya kecil Permatang Pauh di Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Tengah.
Turut hadir Ketua Polis Negeri Datuk Wira Ayob Yaakob (kanan).


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata sesuatu pada sidang media mengenai persiapan anggota polis pada pilihan raya kecil Permatang Pauh di Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Tengah.
Turut hadir Ketua Polis Negeri Datuk Wira Ayob Yaakob (kiri).


Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersalaman dengan exco pemuda Datuk Mukhriz Mahathir ketika hadir pada pelancaran Jentera pilihan raya Pemuda Barisan Nasional (BN) di Bilik Gerakan Induk Pemuda BN di Permatang Pauh.


Beberapa Pemuda Barisan Nasional (BN) mencuba pakaian dan topi BN yang diberikan bagi membantu BN menghadapi pilihan raya Kecil Permatang Pauh pada pelancaran Jentera pilihan raya Pemuda Barisan Nasional (BN) di Bilik Gerakan Induk Pemuda BN di Permatang Pauh.


Ketua Pemuda Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (empat dari kanan) bersama ketua-ketua pemuda Barisan Nasional (BN) melaungkan "Barisan Boleh" pada pelancaran Jentera pilihan raya Pemuda Barisan Nasional (BN) di Bilik Gerakan Induk Pemuda BN di Permatang Pauh. Turut hadir Ketua Pemuda MCA Datuk Liow Tiong Lai (tiga dari kanan).


Calon Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak (tengah) bersama calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Parlimen Permatang Pauh (P44) Datuk Arif Shah Omar Shah (kiri) pada majlis perjumpaan Jentera UMNO
Pilihan Raya kecil Permatang Pauh.


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak (kiri) mendengar sesuatu dari calon Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Parlimen Permatang Pauh (P44) Datuk Arif Shah Omar Shah pada majlis perjumpaan Jentera UMNO Pilihan Raya kecil Permatang Pauh.


Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) berjabat tangan dengan orang ramai ketika ceramah di Kampung Telok, Seberang Jaya.


Jentera pilihan raya BN (dari kanan) Mohd. Faizal Zakaria, Mohd. Nazi Ishak, Norsidi Arope, Mohd. Fadzli Zaidi, Jamhaizal Norsidi dan Aidil Musraffix Hasnol menggunakan 'masking tape' untuk memadamkan perkataan kerusi Dun Seberang Jaya bagi menggantikan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk pilihan raya kali ini
di pusat operasi Seberang Jaya.


Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Siti Noor Akasyah Jalil (kiri) dan Azlina Alias sibuk membuat persediaan di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh di Maktab Perguruan Tuanku Bainun bagi memastikan kelancaran proses penamaan calon.


Jalan sesak apabila demam pilihan raya bermula sepanjang jalan di Permatang Pauh.


Anggota-anggota polis memasanga kawat duri di Padang Maktab Perguruan Tuanku Bainun di sini, hari ini sebagai persediaan untuk memastikan kelancaran proses penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Saturday, August 16, 2008

Mufti Perlis: Sumpah Saiful risiko teramat besar

PETALING JAYA: Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin melahirkan rasa terkejut dengan keberanian Mohd Saiful Bukhari Azlan bermubahalah. Namun begitu, beliau menyifatkan sumpah yang dibuat oleh Saiful itu sebagai risiko yang teramat besar.

"Sekiranya dia benar, dia akan selamat tetapi jika dia berbohong lambat laun, kelaknatan Allah akan turun kepadanya dalam berbagai perkara yang tidak tergambar oleh dirinya sendiri," tegas Dr Asri ketika dihubungi sebentar tadi.Dr Asri yang kini berada di Kota Bharu menghadiri 'Seminar Tajdid' di USM, Kota Bharu berkata, "Keberanian Saiful melafazkan lafaz yang seperti itu menunjukkan samada dia meyakini apa yang dia dakwa ataupun dia tidak faham akan kesan terhadap lafaz berkenaan pada masa hadapan."

Menurut tokoh agama yang lantang bersuara ini, tindakan Saiful itu juga boleh menimbulkan kesangsian dan keraguan terhadap pihak yang dicabar kerana bukan mudah seseorang untuk melafazkan apa yang dilafazkan oleh Saiful."Bukan mudah seseorang melafazkan sumpah mubahalah itu melainkan dia dalam keadaan tidak siuman ataupun dia sedar apa yang diyakini itu benar," katanya lagi.Tambahnya, "Oleh kerana akan timbul kesangsian pihak yang di cabar dan untuk menghilangkan keraguan masyarakat maka pihak yang didakwa iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim hendaklah melafazkan sumpah bermubahalah dengan bentuk yang sama. Maka jadilah mubahalah yang mana kita akan lihat hukuman Tuhan nanti."

Ketika ditanya bagaimanakah pendirian beliau kini setelah Saiful bermubahalah, Dr Asri berkata, "Adapun saya tidak pernah menyatakan secara putus siapa yang benar, siapa yang salah."

Benar atau Gimik Politik ? Rakyat diyakini @ ditipu lagi?

Saiful: Tindakan saya bukan bertujuan politik!
16-08-2008 04:53:39 PM


Saiful (kanan) yang berpakaian baju Melayu warna coklat dengan songkok sambil diperhatikan oleh ayahnya, Azlan yang berbaju Melayu biru telah melafazkan sumpahnya. -foto THE STAR oleh Azman Ghani

(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Selepas lebih seminggu kes diliwat disebut di mahkamah, Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan sumpah mubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan di sini petang ini.

Saiful, 23, memilih hari Jumaat untuk menyempurnakan upacara sumpahnya.

Pada pukul 6.23 petang, Saiful yang berpakaian baju Melayu warna coklat dengan songkok sambil diperhatikan oleh ayahnya, Azlan Mohd Lazim yang berbaju Melayu biru telah melafazkan sumpah.Tindakan itu mengakhiri penantian pelbagai pihak untuk melihat pendirian Saiful yang telah menyatakan untuk bersumpah kira-kira sebulan lalu.Turut menyaksikan upacara itu ialah Imam Masjid Wilayah Persekutuan, bapa saudara Saiful, 'Uncle Pet', beberapa pegawai masjid berkenaan, ahli keluarga Mohd Saiful, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) iaitu Datuk Che Mat Che Ali dan pegawai dari Jawi.Sambil memegang al-Quran, Saiful yang duduk bersila di atas sejadah sambil mengadap kiblat dan diperhatikan bapanya, telah memulakan upacara 'bermubahalah' dimulai dengan mengucap dua kalimah Syahadah sebanyak tiga kali dan bacaan Al-Fatihah.

"Bismillahirrahman nirrahim. Pada hari ini, 15 Ogos 2008, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan, No Kad Pengenalan 850706-01-5687 dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut....A'uzubilahiminasyaitanirrajim. Bismillahirrahman nirrahim. Wallahi...Wabillahi....Wata'alahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 hb Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta, atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat. Wallahualam."

Sejurus selepas upacara bersumpah itu, Saiful memeluk bapanya, Azlan dan menerima ciuman bapanya di dahi kemudian terus bergegas meninggalkan masjid tanpa memberi peluang kepada pihak wartawan untuk menemuramahnya.


Saiful memeluk bapanya, Azlan dan menerima ciuman bapanya di dahi sejurus membacakan sumpah 'mubahalah'.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada 7 Ogos lalu terhadap tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap Saiful pada Jun lepas.

sah Maya karim milik orang ...

PETALING JAYA: Aktres jelita, Maya Karin selamat diijabkabulkan dengan kekasih hatinya, Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali Abdullah di Villa Corte de Lago, Bellagio, Itali semalam, 14 Ogos.

Pasangan tersebut telah dinikahkan oleh Imam Abdullah dari Algeria yang kini menetap di Itali pada jam 11 malam (waktu Malaysia) bersamaan lima petang (waktu tempatan).


Riak gembira terpancar di wajah Maya dan Steven sebaik sah bergelar suami isteri (Foto ihsan Maya Karin)

Seramai lebih kurang 60 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan kedua-dua belah pihak hadir memeriahkan majlis perkahwinan tertutup pasangan tersebut.

Aktres berusia 28 tahun itu bagaimanapun meminta agar sebarang temubual oleh pihak media dibuat setelah dia pulang ke Malaysia minggu hadapan.

Pasangan itu akan mengadakan sebuah majlis resepsi di Malaysia pada 29 Ogos ini bertempat di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, Kepong dengan berkonsepkan alam sekitar.


Maya dan Steven akan mengadakan resepsi di Malaysia pada 29 Ogos ini

MB dan Bekas MB ..

SIDANG DEWAN UNDANGAN NEGERI KE-12 (HARI KEDUA)


Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said (kanan) bertegur sapa dengan mantan Menteri Besar, Dato' Seri Idris Jusoh ketika hadir di Persidangan Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman. - Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.

Petani, Nelayan Mendapat Pembelaan

Kerajaan Negeri akan mula membayar elaun sara hidup kepada nelayan sebanyak RM200 sebulan mulai September ini dalam usaha meringankan beban golongan terbabit bagi menampung kos menyara keluarga.“Dengan ini, semua nelayan yang belum mendaftar diminta berbuat demikian dengan Jabatan Perikanan bagi mendapatkan insentif bulanan yang disediakan kerajaan,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, YB Rozi Mamat (Wakil BN-Telemong), dalam persidangan Dewan Undangan Negeri, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini (14 Ogos).