PETALING JAYA: Aktres jelita, Maya Karin selamat diijabkabulkan dengan kekasih hatinya, Steven David Shorthose atau nama Islamnya, Muhammad Ali Abdullah di Villa Corte de Lago, Bellagio, Itali semalam, 14 Ogos.
Pasangan tersebut telah dinikahkan oleh Imam Abdullah dari Algeria yang kini menetap di Itali pada jam 11 malam (waktu Malaysia) bersamaan lima petang (waktu tempatan).
Riak gembira terpancar di wajah Maya dan Steven sebaik sah bergelar suami isteri (Foto ihsan Maya Karin)
Seramai lebih kurang 60 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan kedua-dua belah pihak hadir memeriahkan majlis perkahwinan tertutup pasangan tersebut.
Aktres berusia 28 tahun itu bagaimanapun meminta agar sebarang temubual oleh pihak media dibuat setelah dia pulang ke Malaysia minggu hadapan.
Pasangan itu akan mengadakan sebuah majlis resepsi di Malaysia pada 29 Ogos ini bertempat di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, Kepong dengan berkonsepkan alam sekitar.
Maya dan Steven akan mengadakan resepsi di Malaysia pada 29 Ogos ini
No comments:
Post a Comment