Friday, June 13, 2008

Noorkumalasari - Antara Kejayaan & Kenangan.

Noorkumalasari sentiasa bergaya dalam apa sahaja fesyen. Apabila berimej bertudung litup pun bekas peragawati terkenal pada tahun 1970-an ini tetap bergaya. masih boleh bagi pose menarik lagi. Apa cerita terbaru Noor?Kalau nak tahu jangan lupa tonton program Cerita Artis Malaysia (CAM) di Astro Ria (saluran 104) mulai 7 April ini. Noor akan membuka semula kisah hidupnya sebagai anak seni dan perkembangan terbaru sehingga dia kini tampil dengan gaya wanita muslimah sejati. Adik diva Anita Sarawak ini rela membuka semula cerita lama untuk memberi iktibar kepada generasi muda hari ini.

Masih bergaya.

"Saya anggap ini sebagai satu pendekatan lembut dalam berdakwah, saya sedia ceritakan pengalaman saya selama menjadi anak seni sehingga hari ini," kata Noor.

Anak kepada Allahyarham Datuk S. Roomai Noor dan Datin Umi Kalthoum ini berharap paparan kisah hidupnya dapat mengubah penonton menjadi orang yang lebih baik untuk diri mereka sendiri.

Noor belum ada menantu.

"Saya tidak pernah menyesal menjadi pelakon apabila saya sudah berubah menjadi seperti hari ini. Ia menjadi pengalaman manis saya yang tersimpan dalam sejarah hidup saya," kata Noor lagi.Noor, 52, kini bahagia bersama suami, Wan Mohd Yusuf, 57. Tiga anak bujang mereka semakin membesar iaitu Wan Amin Nurrasyid, 16, Wan Amni, 14, dan Wan Irfan Nurul Atiq, 12. Anak sulung Noor hasil perkahwinan pertama, Abdul Qayyum kini sudah berusia 25 tahun.

Dr. Muszaphar dikerumun

Popular sungguh angkasawan pertama negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha. Apabila muncul di tengah-tengah artis popular pun, Dr. Mus tetap jadi tumpuan. Angkasawan tampan itu jadi undangan khas secara kejutan pada majlis makan tengah hari sempena Minggu Setiauasha anjuran Astro bersama empat juara Akademi Fantasia (Mawi, Zahid, Mila dan Faizal), Anita Sarawak dan Aznil Nawawi pada 9 April 2008.

Peminat ini bertuah dapat berjumpa angkasawan dari dekat.

Muszaphar muncul sebagai hadiah kepada salah seorang peminat yang berani naik ke pentas untuk acara games yang dikendalikan oleh Aznil. Menjerit dewan di Hotel One World, Petaling Jaya apabila Dr. Mus naik ke pentas siap dengan pakaian rasmi angkasawan negara lagi. Kalah jeritan untuk penyanyi lain pada hari itu.

Ceria memberi pose kepada peminat yang mahu rakam wajahnya menggunakan telefon bimbit berkamera.

"Mesej yang saya mahu sampaikan ialah apa sahaja impian yang kita mahu, kita boleh mencapainya," kata Dr. Mus.

"Imej Siti berselendang..." SITI NURHALIZA

APABILA Datuk Siti Nurhaliza mengenakan fesyen tutup kepala, banyak orang memperkatakan pasalnya. Ada yang mempersoalkan gayabertutup kepalanya yang masih menampakkan rambut dan leher. Siti juga sedar perkara itu diperkatakannya. Tapi, dia menerima semua itu dengan hati terbuka. Siti sedar payah untuk menyenangkan hati semua orang."Kalau ada (artis) yang ekstrim bertutup kepala pun dikatakan juga, dan bila kita tutup sikit pun ada yang bersuara... susah nak senangkan semua orang... tapi Siti buat ini untuk keselesaan diri Siti sendiri."Situ masih menyanyi dan semasa mengadakan persembahan, ada kalanya Siti kena menari (lagu rancak), jadi inilah gaya yangsesuai dengen Siti. Siti selesa."Jangan kata imej Siti sekarang bertudung... imej Siti hanya berselendang sahaja, kalau bertudung tu tutup semuanya," kata Siti kepada media dalam satu majlis di PNB Darby Park pada 24 April 2008 lalu.

I

Sheila lancar produk sendiri

Sheila Majid pernah menjadi jurucakap kepada banyak produk kecantikan terkemuka bersandarkan kecantikannya. Dia juga turut menjadi jurcakap kepada produk-produk lain. Kira wajah Sheila boleh jadi pelarislah. Sekarang wajah Shiela mewakili produk keluaran sendiri berjenama Jerneh by Sheila Majid. Nama berbahasa Melayu pun menarik juga. Jangan anggap nama berbahasa Melayu susah nak diperkenalkan ke luar negara. Sheila dan rakan kongsi, Mohamed Faisal Ahmad dan Faridah Ahmad Fadzil melancarkan produk kecantikan itu pada 7 Mei 2008 lalu.

Sheila bersama Faisal dan Faridah pada majlis pelancaran Jerneh.

Kiranya Sheila tambah lagilah statusnya sebagai usahawan. Kini bergelar usahawan produk kecantikan. Dunia kecantikan memang tak asing dengan Sheila, sekarang semakin dekatlah drinya apabila melibatkan diri secara langsung.

Sheila menurunkan tandatangan pada poster Jerneh.

Stacy Juara AF6


Air mata gembira Stacy kala dinobatkan sebagai Juara AF6


Syabas diucapkan buat Stracie Angie Anam (Stacy), 18, yang muncul juara Akademi Fantasia Keenam (AF6). Stacy yang menang sebagai juara pada malam 24 Mei 2008 lalu membawakan lagu Atas Nama Cinta (Rossa) dan Aku Stacy.


Persembahan Stacy untuk lagu Atas Nama Cinta

Stacy pernah menyertai Gang Strarz dan One In A Million musim pertama, jadi tidak hairanlah Stacy berupaya memberikan persembahan yang menarik saban minggu kerana dia telah ada pengalaman dan ditambah dengan bakat dan keazaman yang ada dalam dirinya.


Stacy disamping keluarga tercinta
Juara kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini bukanlah berasal dari keluarga yang senang. Stacy sudah pun menempuh kegetiran hidup sebagai anak buruh binaan dan terpaksa menghentikan pembelajarannya sebelum sempat mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Namun anak kelima dari enam adik beradik ini berazam untuk menyambung semula pelajarannya kelak.Anak Anam Bayar dan Agnes Kallos ini bercita-cita untuk membawa keluarganya tinggal bersama di Kuala Lumpur.

Lincah menyanyikan lagu Aku Stacy

Juara AF6 ini membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah lebih RM700, 000 termasuklah sebuah rumah banglo empat bilik di A’Famosa Villa D’Lagos, Melaka, yang bernilai RM550,000, sebuah kereta Peugeot 307 XS yang berharga RM139,535, wang tunai sebanyak RM25,000 serta pakej percutian ke Itali.Dengan kemenangannya, Stacy kini bernaung di bawah pengurusan Maestro Records Sdn. Bhd. Dia akan menyertai Mila, juara AF5, sebagai juara wanita yang bernaung di bawah syarikat tersebut. Adakah Stacy akan terus bersinar kemilaunya selepas ini?

Siapa paling lawa ?

Team Manggaonline telah memilih 3 orang artis yang pada pandangan Manggaonline antara yang tercantik di Malaysia. Ketiga-tiga artis ini dipilih dalam peringkat umur yang hampir sama (30-an), mempunyai kerjaya sebagai seorang model, dan pelakon. Mempunyai senyuman dan lirikan mata yang menawan. Dan yang paling penting ketiga-tiga artis ini mesra kamera.. ala-ala.. fotogenik.

Kalau nak cerita hal-hal berkaitan kontroversi rasanya, team manggaonline minta pembaca ketepikan dahulu. Team Manggaonline nak tahu siapa antara ketiga-tiga artis ini yang paling lawa...

Personally waktu jumpa ketiga-tiga artis ni.. team manggaonline yang lelaki tersenyum lebar.. dapat bersalam dan bergambar dengan artis-artis ni lagi lebar senyuman mereka.. team manggaonline yang perempuan pula.. lain kes.. tahap jealous yang tinggi dan kagum ada gak.. sebab ketiga-tiganya cantik dan menawan.

So.. siapa paling lawa?

Nasha Aziz

Nasha Aziz

Erra Fazira

Erra Fazira

Rozita Che Wan

Rozita Che Wan

Hidup ini Satu Perubahan - Azizah TV3

Semakin ayu penampilan personaliti TV3, Azizah Ariffin selepas bertudung. Azizah memang memasang hasrat untuk menukar kepada imej bertudung apabila mencecah usia 40 tahun.Nampaknya belum lagi cecah usia itu, Azizah sudah dapat hikmah awal. Azizah baru berusia 39 tahun. Azizah masih mengendalikan program Wanita Hari Ini di TV3.

Sopan... adakah Azizah akan bertukar ke program bercorak keagamaan pula?

Azizah Ariffin antara personaliti TV yang kurang kontroversi tapi tetap popular.