Friday, June 13, 2008

Apakah ini jalan terbaik untuk tangani isu kenaikan Minyak ?

APAKAH INI PILIHAN TERBAIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA? APAKAH DENGAN DESAKAN SEPERTI INI HARGA MINYAK BOLEH DITURUNKAN .....

Perhimpunan Lancar ! Polis pun rasai Keperitan !!

Dilulus terbit pada Friday, June 13 @ 18:37:20 MYT oleh greenboc
Oleh edyesdotcom

"car.
Mengikut aturcara asal, sepatutnya dari masjid Kg. Baru terus menuju ke KLCC melalui Jalan Raja Abdullah, tetapi dihalang oleh satu batalion polis dan FRU.Setelah rundingan untuk melepasi jalan tersebut gagal, pihak penganjur yang diketuai oleh YB Salahuddin telah meneruskan perarakan Plan B.










Setelah rundingan untuk melepasi jalan tersebut gagal, pihak penganjur yang diketuai oleh YB Salahuddin telah meneruskan perarakan Plan B.

Para peserta demo mula berarak ke arah Jalan Tunku Abdul Rahman dengan membelah laluan sepanjang pasar chowkit. Sorakan Hidup Rakyat gamat berkumandang sepanjang perarakan aman tersebut. Pihak FRU cuba untuk menghalang Plan B namun tidak kesampaian kerana tidak sempat.Dapat saya lihat di sini, pihak polis dan FRU seperti tidak begitu serius mengawal Keadaan. Mungkin kerana perhimpunan itu berjalan dengan aman dan begitu lancar sekali, dan mungkin juga kerana pihak polis dan FRU juga tidak berpuas hati gamaknya kenaikkan harga minyak ini. Oleh itu, mereka melepaskan sahaja perarakan yang sepanjang beberapa kilometer itu.

Perarakkan diteruskan menyusur jalan TAR dan sorakkan lebih gemuruh berkumandang menyambut kehadiran Naib Presiden PAS iaitu Hj Mohd Sabu serta rakan pemimpin lain seperti Khairil Faizi Dan Dr. Hatta. Ketua AMK Keadilan turut bersama.Apabila sampai di Sogo, semua para demonstrator diarahkan duduk di tengah-tengah simpang empat bagi menunjukkan tanda protes kenaikkan harga minyak. Ianya diikuti dengan ucapan2 setiap para pemimpin.

Mengambil masa hampir satu jam, perarakkan diteruskan lagi menuju ke pejabat PAS pusat di Jalan Raja Laut. YB Salahuddin memberikan ucapan mengenai perhimpunan besar-besaran pada 5 Julai.Perhimpunan aman hari ini adalah amaran yang pertama terhadap kerajaan baghal paklah. Selepas hari ini hingga detik 5 Julai, seluruh negara akan diwar-uarkan perhimpunan satu juta pada 5 Julai nanti. Roadshow secara besar-besaran ke seluruh pelusuk tanahair.Pada mereka yang terlepas peluang berhimpun ini, jangan lupa bahwa sekali lagi kita berjanji untuk perhimpunan satu juta pada 5hb Julai 2008. Sama-sama kita catat sejarah Cemerlang Gemilang Terbilang dan paklah temberang...

Thursday, June 12, 2008

Nasi ayam Kak Sah RM1.90

Jom Ke Kedai Kak Sah Kampung Gong Kemuntong, Jerteh Besut.


KAK SAH di depan kedainya di Besut yang masih menjual nasi ayam RM1.90 sepinggan semalam.


BESUT - Masih kekal pada harga RM1.90 sepinggan.Jika peniaga lain 'berebut' menaikkan harga barangan, Miss Nabsa Deraman, 37, pula tetap menjual nasi ayamnya pada harga yang sama sejak lima tahun lalu.Menurut peniaga yang dikenali dengan panggilan Kak Sah, beliau tidak terfikir menaikkan harga sepinggan nasi ayamnya kerana masih lagi meraih keuntungan walaupun masih murah."Memanglah keuntungan saya merosot ekoran kenaikan harga barangan, tetapi saya tetap percaya dengan menjualnya pada harga yang murah, saya akan dapat lebih ramai pelanggan,'' ujarnya mengakui masih mengekalkan kuantiti nasi ayam yang dijual.

Ini kerana katanya, kedainya di Kampung Gong Kemuntong, dekat sini, yang beroperasi dari 10 pagi hingga 10 malam sudah dikenali dengan identiti 'nasi ayam RM1.90' di kalangan orang ramai."Kalau dulu, saya boleh mendapat pendapatan sehingga RM1,000 sehari, tetapi sekarang dapat lebih kurang RM500 sehari sahaja. Tapi tidak mengapa kerana tetap untung," katanya yang menggunakan di antara 70 hingga 80 ekor ayam sehari.Jelasnya, harga barang mentah yang naik mendadak ialah beras seberat 24 kilogram yang dulunya berharga RM46 kini naik kepada RM93, sementara tomato yang sebelumnya berharga RM20 kini naik kepada RM37 untuk 10 kilogram.Tambahnya, harga harga ayam juga meningkat daripada RM5.40 kepada RM5.70 sekilogram.

Peranan Yahudi di AS

PERSAINGAN calon presiden Amerika Syarikat (AS) antara bintang Demokrat, Barack Obama dan John McCain dari Republikan membawa harapan kepada rakyat AS untuk menyaksikan perubahan dalam pelaksanaan dasar-dasar yang gagal dijayakan oleh Presiden George W. Bush.

Masyarakat dunia turut meletakkan harapan kepada pemimpin yang bakal menerajui AS ini agar dapat membawa perubahan yang positif bagi kepentingan global.Harapan yang lebih besar tentulah kepada dunia Islam dan Asia Barat khususnya berkaitan dengan konflik yang selama ini mencatatkan kegagalan demi kegagalan.Presiden Bush dilihat turut gagal membawa perubahan positif dalam merungkai dan menyelesaikan konflik Palestin-Israel seperti mana presiden-presiden yang terdahulu.Di sini timbul persoalan mengenai nasib dan masa depan konflik yang berlanjutan hampir 60 tahun itu.Adakah bakal presiden AS selepas ini mampu menyelesaikan konflik yang berlaku dan apakah implikasi kepada konflik Israel-Palestin pada masa depan?

Atau pun konflik Israel-Palestin akan terus melalui situasi sukar seperti mana kegagalan usaha-usaha penyelesaian dan dasar yang diamalkan oleh presiden-presiden AS sebelum ini. Kenyataan Obama semasa pertemuan dengan Jawatankuasa Hal-Ehwal Awam Israel-Amerika (AIPAC) di Washington memberi petunjuk pertama di mana dan ke mana konflik antara Israel dan Palestin.Obama dalam kenyataannya memberi komitmen teguh terhadap keselamatan Israel dan menegaskan Baitulmuqadis tidak boleh dibahagi dua dalam perundingan damai Israel-Palestin pada 6 Jun 2008.Dengan kukuhnya pengaruh para pelobi Yahudi dalam arus politik AS pada hari ini, pelan damai Israel-Palestin akan mempengaruhi nasib yang memihak kepada Israel.Pengaruh Yahudi dalam politik AS adalah sangat besar dan ia dapat dilihat menerusi kejayaan mereka mempengaruhi dasar luar AS terhadap pelan damai yang telah dirangka semenjak meletusnya konflik Arab-Israel pada tahun 1948 sehingga kini.

Bagaimanakah golongan pelobi Yahudi ini dapat mempengaruhi arus politik dan dasar luar AS terhadap Israel?Jumlah populasi masyarakat Yahudi di AS dianggarkan lebih kurang 6 juta orang sahaja daripada hampir 300 juta populasi umum di neagra itu. Namun golongan ini mempunyai hubungan amat rapat dengan elit-elit politik sama ada dari pihak Demokrat ataupun Republikan. Golongan ini yang kebanyakannya mempunyai kedudukan kukuh dalam aspek ekonomi dan profesional telah menjalinkan hubungan akrab dalam pentadbiran negara sama ada di peringkat negeri ataupun persekutuan.PengaruhMalah terdapat para sarjana yang mengaitkan kemunculan golongan neo-konservatif di AS adalah kerana penglibatan dan pengaruh puak Yahudi AS.

Penguasaan golongan ini dalam syarikat-syarikat multinasional telah meletakkan kepentingan golongan Yahudi AS berpengaruh dalam arus kestabilan sosioekonomi dan politik AS.

Secara langsung ia telah mewujudkan satu bentuk hubungan yang rapat antara etnik Yahudi dengan masyarakat AS.Golongan Yahudi turut mengambil pendekatan memperluaskan dan memperkukuhkan hubungan mereka dengan masyarakat awam AS melalui gerakan saraf lebih 55 pertubuhan Yahudi di 50 buah negeri di AS.Golongan itu turut memperluaskan hubungan mereka dengan para elit politik yang berpotensi tinggi dan bakal terlibat dalam pembuatan dasar AS termasuk elit-elit politik di pelbagai peringkat sama ada Kongres ataupun White House.

Hakikatnya pengaruh Yahudi dalam dasar luar AS dapat dilihat menerusi desakan Yahudi AS terhadap Presiden Franklin Roosevelt (1933-1945) agar menerima para pelarian Yahudi yang melarikan diri daripada kekejaman Hitler pada era Perang Dunia Kedua.Hubungan etnik ini semakin berkembang apabila Presiden Harry S. Truman (1945-1953) mengambil tindakan untuk menjadikan AS sebagai negara pertama dunia yang mengiktiraf negara Israel pada tahun 1948.

Perkembangan ini telah meletakkan batu asas keakraban hubungan politik antara Yahudi dengan masyarakat AS yang ada pada hari ini.Sejajar dengan penubuhan Israel pada 1948 dan kemunculan nilai kepentingan rantau Asia Barat dari sudut ekonomi dan politik, hubungan Yahudi AS dengan elit politik AS semakin berkembang.Israel diharapkan dapat menjadi mata dan telinga AS bagi 'menjaga' kepentingan negara itu di Asia Barat. Justeru, kepentingan dan keselamatan Israel mula menjadi agenda dasar luar AS.

Pengaruh Yahudi dalam proses pembentukan dasar AS dapat dilihat dengan peristiwa tumbangnya Senator dari Illinois, Charles Percy pada tahun 1984 akibat tindakannya yang menyokong penjualan senjata AS kepada Arab Saudi.Penubuhan Jawatankuasa Hal-Ehwal Awam Israel-Amerika adalah bukti keakraban AS-Israel di mana setiap perancangan dan strategi yang digubal oleh kedua-dua pihak akan melalui proses perbincangan terperinci.

Dalam perkembangan arus politik AS, AIPAC yang ditubuhkan semenjak tahun 1953 merupakan destinasi wajib calon-calon presiden AS. Pertemuan ini tidak hanya melibatkan hanya melibatkan Obama malah calon-calon presiden yang lain termasuklah John MacCain dan Hillary Clinton.Pengaruh Yahudi dalam arus politik AS secara langsung meletakkan kemenangan memihak kepada Israel dalam hal ehwal yang melibatkan konflik Israel-Palestin.

StrategiGolongan ini bijak mengatur strategi dalam mempengaruhi dasar luar AS demi melindungi kepentingan Israel di Asia Barat. 'Kelonggaran' terhadap dasar AS yang melibatkan beberapa negara Arab di Asia Barat berdasarkan nilai dan kepentingan yang besar kepada AS. Kelonggaran yang dimaksudkan adalah hubungan dan bantuan yang disalurkan oleh AS kepada negara Arab 'dibolehkan' tetapi ia perlulah dalam keadaan yang 'terkawal' dan tidak mampu mengancam keselamatan serta kestabilan Israel.Perkembangan kukuhnya pengaruh Yahudi dalam arus politik AS ini sememangnya telah disedari oleh masyarakat Asia Barat dan dunia global.

Namun apa yang menyedihkan kepercayaan dan keyakinan masih diletakkan kepada AS sebagai orang tengah dalam menyelesaikan konflik di Asia Barat. Pelan damai yang dirangka pastinya akan membuahkan kegagalan yang mana ia akan memihak kepada Israel. Dengan kata lainnya, mana-mana calon yang akan dilantik sebagai presiden AS sama ada dari Demokrat ataupun Republikan tetap membayangkan kegagalan dalam penyelesaian dan usaha damai di Asia Barat khususnya yang melibatkan konflik Israel-Palestin.

Makan apa saja, bayar cuma RM2


KEKAL RM2... Khalid Ahmad (berdiri) melayan pelanggannya menikmati nasi dan pelbagai lauk di Kedai Makan RM2 miliknya yang terletak berhampiran dengan Terminal Feri Kuala Kedah, Kedah, semalam.

ALOR STAR 11 Jun – Pada saat kebanyakan peniaga makanan di seluruh negara ghairah menaikkan harga jualan masing-masing ekoran kenaikan harga minyak, pemilik sebuah kedai makan di Kuala Kedah dekat sini masih mengekalkan kadar bayaran RM2 untuk apa juga hidangan termasuk minuman.Percaya atau tidak, itulah harga yang dikenakan oleh pemilik Kedai Makan RM2, Khalid Ahmad, 41, sejak memulakan perniagaan makanan kira-kira 20 tahun lalu.

Untuk satu hidangan, pelanggan boleh mengambil nasi putih bersama lauk seperti ikan, ayam, daging dan sayur-sayuran.Harga RM2 untuk makanan itu juga termasuk minuman tanpa mengira ia sirap bandung, teh ais atau minuman panas.

Paling membanggakan, kedai makan milik Khalid itu yang terletak dekat jeti feri ke pulau peranginan Langkawi masih mampu menawarkan pelbagai pilihan minuman dan lauk-pauk yang menyelerakan.“Saya tidak mahu mengambil kesempatan atas kenaikan harga barang dengan menaikkan harga makanan kerana mahu mengekalkan pelanggan setia.“Apatah lagi kebanyakan mereka terdiri daripada nelayan yang berpendapatan rendah termasuk rakan-rakan saya sendiri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.Khalid memulakan perniagaannya seawal pukul 6 pagi kerana pada masa itu nelayan mula turun ke laut. Kedai itu hanya ditutup selepas pukul 5 petang.

Katanya, selain nasi dengan beraneka jenis lauk antaranya ayam goreng, kari ikan, udang kunyit dan daging kicap, kedainya turut menjual laksa, bihun sup, mi sup dan kuetiau sup, juga pada harga RM2.“Ada juga pengunjung yang datang dari luar Kedah seperti dari Kuala Lumpur terkejut ketika mahu membayar harga makanan di sini.

“Mereka mahu membayar lebih kerana tidak percaya dengan harga yang ditawarkan,” ujarnya.

Khalid yang mendapat bekalan bahan mentah ikan dan hasil laut lain daripada nelayan di sini turut membeli barang keperluan dari pasar tani berhampiran.“Saat paling sibuk ialah pada waktu makan tengah hari apabila pekerja dari pejabat agensi kerajaan berhampiran datang menjamu selera,’’ katanya yang dibantu oleh isteri dan lima pekerja.Menurut Khalid, selain berniaga di kedai itu beliau juga menerima tempahan makanan dari kilang-kilang berhampiran dan hanya mengenakan caj pengangkutan tambahan sebanyak 50 sen.

Beliau memberitahu, sehingga hari ini beliau belum berfikir untuk menaikkan harga makanan di kedainya kerana merasakan masih mampu meraih keuntungan.“Makanlah apa sahaja, harganya tetap RM2 untuk seorang pelanggan,” katanya.

Saturday, June 7, 2008

Beza Obama - McCain



BANYAK yang diperkatakan tentang keterbukaan dan toleransi calon Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berhubung dasar luar yang diperjuangkannya sepanjang kempen dalam Parti Demokrat terutamanya dalam konteks perhubungan dengan negara Islam.

Obama sering disebut-sebut sebagai seorang yang sangat bertentangan dengan mana-mana Presiden AS sebelum ini apabila bersedia untuk berunding secara peribadi dengan negara-negara musuh AS seperti Cuba dan Venezuela, meskipun masih ragu-ragu untuk berbicara dengan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad.Dengan imej bersih dan positif, revolusi yang dilaungkan Obama bukan sahaja berjaya meyakinkan rakyat AS yang semakin jelik terhadap peperangan, tetapi juga dengan mudah menarik perhatian masyarakat seluruh dunia.

Malangnya, sebaik pasti menjadi calon Parti Demokrat dalam persaingan menuju ke White House, nada ketegasan Obama berhubung dasar luarnya sedikit berubah.Obama dikatakan tidak bersedia untuk menemui Ahmadinejad sehingga selesainya pilihan raya Presiden Iran yang dijadualkan pada 2009. Ia sekali gus menjadi senjata utama calon Presiden daripada wakil Parti Republikan, John McCain menghentamnya dengan menuduh Obama tidak mempunyai pendirian yang jelas berhubung dasar luar AS.Malah, kesediaan Obama untuk berbincang dengan pemimpin Cuba dan Venezuela serta kumpulan yang dilabel pengganas seperti Hamas dan Hizbullah juga dikritik hebat oleh McCain yang menganggap tindakan Obama itu seolah-olah mengiktiraf kelompok pengganas tersebut.Namun, Obama menempelak tuduhan lawannya dengan pendirian bahawa kesediaan untuk berunding itu tidak lebih daripada hanya untuk memberi peluang kepada negara-negara berkenaan terutamanya Iran untuk memperjelaskan mengenai program nuklear mereka tanpa sebarang tekanan.Tempoh pertemuan yang ditetapkan sehingga 2009 itu pula jelas Obama, bagi menunggu keputusan pilihan raya Presiden Iran memandangkan kedudukan Ahmadinejad kini terancam ekoran penentangan dalam negara termasuk daripada ketua program nuklear Iran, Ali Larijani.Pentingnya dasar luar dalam setiap pendirian calon Presiden AS, seperti yang dijelaskan oleh Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Abdul Rahim Anuar, menjadi faktor penentu kepada kemenangan Obama atau McCain dalam usaha menduduki White House.Ini kerana jelas beliau, ketika sentimen Islamophobia masih boleh dirasai di segenap pelosok negara itu kini, rakyat AS mengharapkan kepada satu dasar luar yang benar-benar mampu melindungi mereka.

"Justeru, bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila Obama dilihat sedikit berubah berhubung dasar luar negara yang diperjuangkannya kerana dalam memenangi hati masyarakat kulit putih, Obama tidak boleh terlalu menonjolkan diri sebagai pembela Islam atau anti Yahudi," katanya.Selain dasar luar, seperkara yang menarik perhatian dalam kubu Parti Demokrat menjelang pemilihan Presiden ialah siapakah yang akan mengisi kerusi Naib Presiden seterusnya bergandingan dengan Obama.Meskipun ketika ini ramai yang menjangkakan Obama tidak akan sekali-kali memilih pesaing utamanya dalam kubu sendiri iaitu Hillary Clinton, namun penganalisis politik berpendapat, ketokohan bekas Wanita Pertama AS itu tidak wajar dipandang sebelah mata.

Ini kerana bagi penganalisis, gandingan Obama-Hillary sebenarnya membentuk satu benteng yang sangat berpengaruh bagi Parti Demokrat meraih keyakinan rakyat AS kerana kedua-dua tokoh itu mempunyai titik kekuatan yang berbeza.Obama sebelum ini sering dirujuk sebagai pahlawan kepada golongan kulit hitam, kumpulan pekerja, golongan muda dan berpendidikan serta profesional, manakala Hillary pula merupakan wirawati kepada golongan kulit putih, pesara dan wanita.LonjakanGabungan kedua-dua elemen yang sebenarnya merangkumi keseluruhan komuniti yang membentuk masyarakat AS itu diibaratkan oleh penganalisis, satu lonjakan dan perubahan besar kepada corak politik negara itu dan sudah semestinya dunia pada masa depan.Namun, Hillary barangkali boleh melupakan impiannya untuk menjadi wakil Presiden apabila Obama dikatakan lebih berminat menawarkan Senator New York itu sebagai Menteri Kesihatan dalam kabinetnya.

Dengan munculnya desas-desus itu, Senator Virgina, Jim Webb yang disebut-sebut bakal bergandingan dengan Obama sebelum ini hampir pasti menjadi taruhan Parti Demokrat dalam pilihan raya Presiden kelak.Veteran Perang Vietnam lulusan Annapolis itu dikatakan calon orang nombor dua yang paling ideal kerana kebijaksanaannya dalam merencana keamanan sosial, satu kelebihan yang tidak dimiliki oleh Obama.Nama lain yang turut dicadangkan oleh pasukan pemilih yang diketuai oleh bekas Ketua Pegawai Eksekutif Fannie Mae yang juga orang dalam Washinton, Jim Johnson ialah Senator Joseph Biden Jr. dan bekas Senator Georgia Sam Nunn yang merupakan pakar dalam hubungan luar negara.

Cerita yang agak berbeza bagaimanapun berlegar di kubu Parti Republikan, apabila calon Presidennya, McCain langsung tidak tercabar apabila mengesahkan persaingannya menuju ke White House selepas mengalahkan Gabenor Mike Huckabee di Texas, Ohio, Rhode Island dan Vermont dalam pemilihan pendahuluan parti itu, awal bulan lalu.Sangat jelas dalam dasar luar negaranya, McCain tidak pernah ragu dengan pendirian untuk meneruskan dasar yang dilaksanakan oleh ketuanya iaitu Presiden George W. Bush.

McCain juga terkenal kerana sokongannya terhadap perang yang dilancarkan oleh AS terutamanya di Iraq serta pernah menyuarakan pendapat Washington sewajarnya berada di negara Teluk itu sehingga 100 tahun.Merupakan musuh utama kepada program pembangunan nuklear di Iran, McCain turut melabelkan program itu sebagai satu bentuk keganasan yang lebih dahsyat daripada mana-mana kumpulan pengganas di dunia.

Dalam memilih wakil Naib Presidennya, McCain dikatakan lebih berminat untuk digandingkan bersama calon muda, bersemangat patriotik dan perwatakan menarik bagi mengimbangi pengaruh yang dibawakan oleh Obama.McCain juga dikatakan memerlukan pembantu yang sangat pantas bekerja dan berpengalaman dalam melaksanakan agenda dan visi negara.

Dengan kriteria seperti itu penganalisis berpendapat, individu yang selayaknya bergandingan dengan McCain ialah bekas Gabenor Massachussetts, Mitt Romney yang juga seorang usahawan berjaya selain sangat berpengalaman dalam perundangan dan hubungan luar negara.Selain Romney, nama lain yang disebut bakal bergandingan dengan McCain ialah Gabenor, Florida Charlie Crist dan Gabenor Louisiana, Bobby Jindal.

Friday, June 6, 2008

AL AMIN Kids ilham suci Anizah

DARI JURUTERA KE PEREKA FESYEN


Anizah Zainuddin di samping suami, Nasaruddin Abu Bakar di hadapan Butik AL AMIN Kids yang terletak di SACC Mall, Shah Alam, Selangor.

KEPAYAHAN mencari dan memperoleh pakaian Muslimah untuk keempat-empat anak perempuannya, menyebabkan jurutera elektrik di Jabatan Kerja Raya (JKR) mengambil keputusan melepaskan jawatan yang disandang selama tujuh tahun demi menghasilkan rekaan pakaiannya sendiri, sekali gus memberi pilihan dan kemudahan kepada kaum ibu sepertinya.

Pun begitu, keputusan tersebut bukan mudah bagi graduan Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ir. Anizah Zainudin, 33 tahun, lebih-lebih lagi setelah memiliki pekerjaan selesa serta bergaji lumayan.Wartawan, ZUARIDA MOHYIN dan jurufoto, SHAIFUDIN MOHD. NOR menemubual ibu muda berasal dari Kuala Selangor ini berkongsi pengalaman beliau menubuhkan butik busana Muslim yang bercita rasa moden khas buat kanak-kanak dengan menggunakan jenama AL AMIN Kids di kedainya yang terletak di SACC Mall, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

MEGA: Adakah anda pernah terfikir berkecimpung dalam dunia perniagaan sebelum ini dan apakah yang membuka jalan anda ke arah bergelar usahawan?

ANIZAH: Langsung tidak pernah. Ini kerana, semenjak zaman persekolahan lagi saya selalu diingatkan supaya belajar bersungguh-sungguh dan kemudian mencari kerja yang baik.Keinginan bergelar usahawan didorong oleh kesukaran mencari pakaian kanak-kanak yang menepati tuntutan syariat berpakaian Muslim, terutamanya menjelang hari raya.Ia secara tidak langsung, mencetuskan satu idea untuk membuka bisnes berkaitan, selain memberi kemudahan dan mendidik cara pemakaian kanak-kanak Muslim pada peringkat awal lagi. Malah apa yang saya lakukan ini adalah satu fardu kifayah.Semangat saya semakin berkobar-kobar apabila melihat pendapatan suami, Nasaruddin Abu Bakar, 34, hasil daripada mengusahakan bisnes pengendalian takaful mengalahkan kita yang makan gaji.

Dari situ saya dapat lihat kebenaran saranan Baginda Rasulullah SAW bahawa: Sembilan daripada 10 punca pendapatan adalah daripada sumber perniagaan. Apatah lagi, suami selalu memberi galakan dan sokongan terutamanya daripada segi pemasaran.Berdasarkan beberapa faktor di atas, mendorong saya untuk menubuhkan perniagaan pakaian AL AMIN Kids. Cetusan atau ilham penubuhannya datang pada Mei 2007 dan direalisasikan dua bulan kemudian.Alhamdulillah, kini AL AMIN Kids mempunyai pelbagai pilihan koleksi pakaian merangkumi pakaian untuk majlis hari lahir, perayaan, sukan, ibadah, kasual, santai dan majlis keraian serta aksesori daripada umur dua hingga 14 tahun terutamanya bagi kanak-kanak perempuan. Pun begitu, terdapat juga koleksi pakaian kanak-kanak lelaki tetapi tidaklah banyak sangat. Ini kerana pakaian kanak-kanak lelaki tidaklah menghadapi masalah berkaitan syariat berpakaian di dalam Islam.

Bagi mereka yang berminat dengan koleksi pakaian AL AMIN Kids tetapi tinggal di luar Shah Alam, ada tidak dibuka cawangan-cawangan lain bagi memberi kemudahan kepada pelanggan anda?

ANIZAH: Kami memang mengalu-alukan kunjungan pelanggan dan untuk memastikan koleksi AL AMIN Kids sampai kepada semua, kami mempunyai stokis dan pengedar. Bagi penduduk sekitar Lembah Klang, selain ke Shah Alam, mereka juga boleh berkunjung ke Giant Bandar Kinrara, Puchong atau ke Tesco Selayang.Kami juga mempunyai stokis negeri di Kemaman, Terengganu. Manakala beberapa pengedar di Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Johor, Kelantan, Perak dan Petaling Jaya.Saya juga menggalakkan mereka yang berminat untuk menjadi stokis atau pengedar agar menghubungi pejabat di talian 03-5519 9488 atau layari laman web www.Alaminkids.com. Dalam penghasilan pakaian-pakaian berjenama AL AMIN Kids, selain menitikberatkan faktor syariat, apa lagi aspek yang anda ambil kira?

ANIZAH: Berbalik kepada tujuan asal saya membuka perniagaan ini ialah kerana kesukaran untuk mendapatkan pakaian terutamanya buat anak-anak perempuan saya.

Kini, alhamdulillah usaha ini bukan sahaja memudahkan, saya tetapi sekurang-kurangnya telah memberi kemudahan kepada mereka yang lain serta mendidik generasi Muslim kita dalam aspek berpakaian menepati tuntutan syariat.Di samping itu, AL AMIN Kids turut memastikan setiap rekaan dan material yang dipilih akan memberi keselesaan kepada kanak-kanak. Penggunaan rona-rona warna yang lembut menjadi keutamaan saya.AL AMIN Kids juga menawarkan harga yang berpatutan selain menyediakan pelbagai keistimewaan dan promosi kepada setiap ahlinya. Ini bertepatan dengan konsep yang dibawa iaitu Selesa, Sesuai dan Mampu Milik (Cool, Proper and Affordable). Daripada jawatan yang disandang sebelum ini, tentunya anda menghadapi dilema untuk melepaskannya, apatah lagi diketahui bahawa dunia perniagaan berisiko tinggi. Oleh itu, apakah persediaan yang anda lakukan bagi menyakinkan diri mengharungi cabaran dalam dunia perniagaan?

ANIZAH: Saya akui seronok bekerja walaupun dengan pendapatan gaji bulanan. Ini terbukti apabila saya pernah menerima anugerah Pekerja Cemerlang 2005. Selain bertitik-tolak daripada kepayahan memperoleh pakaian bersesuaian untuk anak-anak, saya mula nampak masa depan luas sekiranya kita berniaga sendiri ialah daripada apa yang diusahakan suami.
Suami, Nasaruddin Abu Bakar, 34 tahun, bukan sahaja membuktikan bahawa perniagaan takaful yang diusahakan membawa pulangan yang lumayan, beliau turut berjaya melahirkan penggerak-penggerak ejen takaful yang berjaya.Malah sebelum terjun dalam dunia perniagaan, saya terlebih dahulu belajar membuat pasaran dengan menjual takaful. Alhamdulillah dalam tempoh beberapa bulan di bawah seliaan dan tunjuk ajar suami, saya lebih berkeyakinan dan selepas mendapat lampu hijau daripadanya, saya tidak menoleh ke belakang dan terus rebut peluang ini.

Yang pasti, suami selalu latih saya untuk berniaga dan motivasi itu datang daripadanya.
Alhamdulillah, sungguhpun belum sampai setahun usia AL AMIN Kids, sambutannya sudah nampak ketara di mana ruang permintaannya adalah tinggi.Memanglah ada yang beranggapan langkah yang diambil ini bukanlah satu langkah bijak, tetapi desakan hati yang mahu menyumbang sesuatu yang lebih bermakna, mengatasi segalanya.Tambahan pula, keyakinan itu semakin menjadi-jadi selepas sekembalinya saya dan suami dari Mekah kerana menunaikan haji.

Sebelum ini, saya terlintas membuka perniagaan aksesori kereta tetapi berkat doa di Tanah Suci, hati saya terdorong untuk membuat bisnes pakaian kanak-kanak.Pun begitu dengan bermodalkan RM80,000, tekad dibulatkan tetapi atas niat untuk membangunkan ummah dan bukan aspek material yang menjadi keutamaan semata-mata. Bersama suami kami bersama-sama menerajui syarikat Fokas Fikir Sdn. Bhd.

Apakah perancangan anda seterusnya?

ANIZAH: Mengakui bahawa anak-anak adalah amanah Allah. Lantaran itu, harapan kami semoga jenama AL AMIN Kids dapat memberi pelbagai pilihan fesyen kepada kanak-kanak Muslim dan mendapat sokongan daripada semua pihak.Ia bertepatan dengan pemilihan nama jenama AL AMIN Kids iaitu bersempena dengan gelaran Rasulullah SAW iaitu 'Al-Amin' yang bermaksud amanah.Insya-Allah, saya juga dalam perancangan untuk mempelbagaikan rekaan dengan berusaha mencari idea-idea baru dan segar. Di samping itu, saya juga merancang untuk menyediakan pakaian untuk remaja.Bagi saya kepuasan pelanggan adalah kepuasan saya juga.

Zabidi rampas gelaran pecut - Siti Fatima ungguli gelaran 100 meter wanita

Zabidi - Siti Fatima ungguli gelaran 100 meter SUKMA 2008


JUARA baru... Atlet Terengganu, Mohd. Zabidi Ghazali meraikan kejayaannya mengungguli larian 100 meter lelaki Sukma XII di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, semalam.

KUALA TERENGGANU – Atlet tuan rumah, Mohd. Zabidi Ghazali dan Siti Fatima Mohamad dari Johor merampas gelaran raja dan ratu pecut 100 meter akhir Sukan Malaysia XII, semalam.Mohd. Zabidi dan Siti Fatima yang merupakan atlet kebangsaan mencatat kepantasan 10.57s saat dan 11.82s.

Dalam pada itu, Terengganu mula menunjukkan taring apabila menduduki tempat teratas pungutan pingat emas dengan memintas Sarawak pada hari keenam temasya.Majoriti emas Terengganu disumbangkan oleh pasukan kanu yang beraksi di Taman Rekreasi Tasik Putri, Bukit Besi, Dungun selepas menyapu bersih enam emas.Malah, atlet lontar peluru tuan rumah, Adi Alifuddin Hussein juga berjaya memadamkan rekod lama kejohanan yang dilakukannya sendiri selepas berjaya melakukan lontaran sejauh 15.87 meter untuk menggondol emas.


pelari pecut Johor, Siti Fatimah Mohamad (kiri) mencecah garisan penamat untuk pingat emas 100 meter wanita di Kuala Terengganu, semalam.


Sementara itu, kepantasan larian 11.82s Siti Fatima, semalam memadam rekod kejohanan milik sendiri yang dicatatnya dalam saringan separuh akhir, kelmarin.Pingat perak pula dimenangi pelari Pulau Pinang, Nor Jannah Jamaluddin manakala gangsa, Siti Nurhayati Zulkifli dari Wialayah Persekutuan.Mohd. Zabidi pula mencatat masa terbaik peribadi untuk memenangi emas dengan menewaskan juara bertahan, Mohd. Latif Nyat (10.64s) dari Johor, manakala Daniel Azwan Amar dari Perlis ketiga (10.82s).

Sementara itu, atlet Selangor, Lee Hup Wei memadamkan rekod 14 tahun lompat tinggi kejohanan dengan melakukan lompatan 2.20m, mengatasi catatan yang di buat Loh Kum Zee 2.15m di Sukma 1994 Perak.Acara renang sekali lagi menyaksikan Foo Jian Beng memecahkan rekod kebangsaan melalui kategori 50 meter renang gaya bebas dengan catatan 23.45 saat, memadam rekod lama kejohanan milik Allan Ong pada Kejohanan Terbuka Kuala Lumpur.Ini merupakan kali kedua Jian Beng memadamkan rekod kebangsaan milik Allan selepas berjaya kali pertama melalui 100m gaya bebas.Secara keseluruhan, tuan rumah masih selesa di tangga teratas ekoran acara renang dan wushu yang didominasi peserta Sarawak sudah berakhir.Apa pun, hari ini tumpuan pasti terarah ke acara olahraga di mana kategori 400m lari berpagar lelaki dan wanita, 1,500m lelaki dan wanita, 4X100m lelaki dan wanita akan diadakan dan kemungkinan lebih banyak rekod yang bakal dipecahkan.