Jom Ke Kedai Kak Sah Kampung Gong Kemuntong, Jerteh Besut.
BESUT - Masih kekal pada harga RM1.90 sepinggan.Jika peniaga lain 'berebut' menaikkan harga barangan, Miss Nabsa Deraman, 37, pula tetap menjual nasi ayamnya pada harga yang sama sejak lima tahun lalu.Menurut peniaga yang dikenali dengan panggilan Kak Sah, beliau tidak terfikir menaikkan harga sepinggan nasi ayamnya kerana masih lagi meraih keuntungan walaupun masih murah."Memanglah keuntungan saya merosot ekoran kenaikan harga barangan, tetapi saya tetap percaya dengan menjualnya pada harga yang murah, saya akan dapat lebih ramai pelanggan,'' ujarnya mengakui masih mengekalkan kuantiti nasi ayam yang dijual.
Ini kerana katanya, kedainya di Kampung Gong Kemuntong, dekat sini, yang beroperasi dari 10 pagi hingga 10 malam sudah dikenali dengan identiti 'nasi ayam RM1.90' di kalangan orang ramai."Kalau dulu, saya boleh mendapat pendapatan sehingga RM1,000 sehari, tetapi sekarang dapat lebih kurang RM500 sehari sahaja. Tapi tidak mengapa kerana tetap untung," katanya yang menggunakan di antara 70 hingga 80 ekor ayam sehari.Jelasnya, harga barang mentah yang naik mendadak ialah beras seberat 24 kilogram yang dulunya berharga RM46 kini naik kepada RM93, sementara tomato yang sebelumnya berharga RM20 kini naik kepada RM37 untuk 10 kilogram.Tambahnya, harga harga ayam juga meningkat daripada RM5.40 kepada RM5.70 sekilogram.
No comments:
Post a Comment