
Siapakah tokoh tahun 2008? yang pasti dua tokoh diatas ini adalah tokoh yang mengisi ruang akhbar setiap hari pada tahun 2008. Satu tokoh kerana kegagalan ketara dalam memimpin eutuhan kerajaan dengan pelbagai isu ..terutama selepas Mac 2008 . Kepimpinan beliau telah dipertikai dan diuji demi ujian ... cuma keberaniannya dan keyakinan beliau masih utuh untuk beliau terus berdiri sebagai pemimpin negara. Manakala seorang lagi tokoh disebut sebut sebagai satu tokoh pilihan. Namun selepas 16 Sept .. ketokohannya mula dipersoalan dan kenyataan beliau dilihat lebih banyak merugikan masyarakat khasnya orang melayu dan negara. Terlalu mengejar impian telah mengakibatkan kekeliruan kepada masyarakat Malaysia. Kerana buruan keyakinan beliau mampu menjadi pemimpin negara ..kenyataan beliau kini lebih banyak merugikan negara... inilah dua tokoh yang mengisi dada akhbar Malaysia .. lemah dan mengelirukan ... Malaysia rugi kerana dua tokoh ini ...kita perlukan pengisian kepimpinan baru. Harapan tahun 2009 akan membawa sinar kepada Malaysia tanpa perlu masyarakat memikirkan dan berbual kepada 2 tokoh ini.
No comments:
Post a Comment