Wednesday, September 17, 2008

Galeri gambar Ramadan

LELONG RAYA ... Peniaga pinggan mangkuk di Jalan Raja Bot, Chow Kit di sini melelong pinggan mangkuk kaca dan porcelin dengan harga RM2.50 sekilo sempena Aidilfitri.- fotoBERNAMA.

Timbalan Pengarah Kastam Negeri Bahagian Pencegahan Chik Omar Chik Lim membuka sebuah kotak yang mengandungi mercun yang dirampas selepas mengadakan sidang media di stor pencegahan Seberang Jaya hari ini. Mercun dan bunga api yang dianggarkan seberat 25.5 tan yang bernilai kira-kira RM300,000 itu dirampas daripada sebuah lori oleh sepasukan pegawai Kastam Bahagian Pencegahan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Tapah, Perak.

BAHANG AIDILFITRI ... Pelbagai cara dilakukan untuk mewujudkan kemeriahan bagi sambutan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi. Kelihatan seorang pekerja memasang lampu hiasan berbentuk ketupat ketika tinjauan di Jalan Raja Abdullah berhampiran Masjid Jamek Kampung Baru.

Juadah Ramadan: Pelbagai juadah menarik disediakan di Hotel Holiday Inn Subang. Antaranya adalah Ayam Manok. Lebih istimewa ia dimasak dalam buluh. Foto the Star oleh Azlina Abdullah.

Menjadi trend....Berbuka puasa di hotel sudah menjadi trend masyarakat di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur. Kepelbagaian juadah yang disediakan menjadi daya penarik pengunjung yang hadir.

Bahang Aidilfitri kian terasa..Peniaga mula menjual barang persiapan raya, antaranya adalah songkok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua kanan)menyampaikan replika cek bernilai RM250,000 untuk Tabung Kebajikan Pesakit PPUM kepada Naib Canselor Universiti Malaya Datuk Rafiah Salim pada majlis penyampaian sumbangan Aidilfitri kepada pesakit-pesakit di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

No comments: