


Jika anda kunjungi Terengganu .. saya datangkan anda harus membuat "umrah" ke Taman Tamadun Islam @ Masjid Kristal ... apabila anda datang sendiri barulah anda boleh menilai kepentingannya .. saya rasa terkilan kerana lebih ramai yang bercakap negatif daripada yang positif dan selalu menidakkan keupayaan Terengganu mencipta icon baru pelancongan. Kini saban hari minggu TTI dan masjid kristal akan didatangi dengan kumpulan "umrah" samada dalam negeri Terengganu mahupun luar Terengganu .. inilah membuktikan projek ini tidak membazir ... soal kos projek yang mahal itu perkara yang berasingan yang perlu kita bicarakan . Jangan sekali-kali kita yang tidak pernah hadir mengatakan projek ini membazir dan tidak berguna. Apa yang menyedihkan lagi ..bila minggu lepas saya berbual dengan seorang guru dari pahang yang ingin membawa anak muridnya ingin melawat TTI .. tetapi sebelum pergi dia dah kata nak gi masjid hiasan itu .. yg lebih kecewa lagi bila yang berkata itu seorang guru muslim . Inilah jahilnya kita ... jangan kita bertindak seperti itu hanya kerana kita meniru cakap-cakap orang lain sebelum kita melihat sendiri keadaanya..wassalam
No comments:
Post a Comment