Wednesday, October 8, 2008

Beraya dirumah YAB MB Terengganu.

Kunjungan rakyat ke majlis-majlis rumah terbuka hari raya yang diadakan oleh Menteri Besar dan pemimpin lain jelas membuktikan betapa sokongan padu dan rasa mesra rakyat terhadap pemimpin mereka.


Orang ramai tidak mahu ketinggalan bersalaman dengan Menteri Besar dan isteri pada rumah terbuka Aidilfitri pada 1 Syawal di Kediaman Seri Iman.

Pada hari raya pertama, Menteri Besar, Dato’ Ahmad mengiringi Yang Teramat Mulia, Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Penglima Raja, Tengku Baderulzaman menunaikan solat sunat sunat Aidilfitri bersama rakyat jelata di Masjid Abidin (Masjid Putih), di Kuala Terengganu.

Sebaik sahaja selesai menunaikan solat Aidilfitiri dan bersalaman dengan rakyat jelata, Yang Dipertua MPPR dan Menteri Besar telah menziarahi Makam Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan kemudian Makam Almarhum Sultan Mahmud Al Muktafi Billah Shah di Masjid Al Muktafi Billah Shah (Masjid Ladang).

Kira-kira jam 10.45 pagi hingga 3.00 petang, Dato’ Ahmad menerima kunjungan rakyat di rumah terbuka beliau di Kediaman Seri Iman. Kehadiran lebih 10,000 tetamu ke majlis itu menjadi rekod yang cukup membanggakan.


Lebih 10,000 hadir pada rumah terbuka Menteri Besar di Kediaman Seri Iman, Batu Buruk.

Pada hari kedua, Dato’ Ahmad bersama isteri meluangkan masa menghadiri perjumpaan dengan lebih 1,000 perantau anak Terengganu yang pulang berhari raya, bertempat di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu.

Sementara, hari ini (5 Syawal), Dato’ Ahmad mengadakan rumah terbuka di rumahnya sendiri di Kampung Telok Kalong, Kemaman bagi membolehkan 5,000 penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kijal dan Parlimen Kemaman berhari raya bersama beliau.


Tidak mengira bangsa dan kira kaum turut menyerikan rumah terbuka Aidilfitri Menteri Besar di Kemaman.

YAB Dato’ Ahmad juga dijangka menghadiri perjumpaan dan majlis hari raya pegawai dan kakitangan kerajaan di Wisma Darul Iman pada 8 Syawal nanti.


Dato' Ahmad Said membakar sendiri sate untuk tetamu.

Turut mengadakan rumah terbuka aidilfitri ialah Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-Ahli Parlimen dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri di kawasan masing-masing dengan mendapat sambutan luar biasa dari segi kunjungan rakyat.

Lebih 5,000 penduduk sekitar Kemaman hadir pada rumah terbuka Menteri Besar di Kemaman.

Sesungguhnya kepimpinan negeri kini yang berteraskan keutamaan untuk rakyat kini menjadi terlalu dekat di hati rakyat.

No comments: