Saturday, November 15, 2008
Makan Makan di McD, K.Trg
Gelagat 4 geng makan McD ...makan bubur aje.
Sibuk Mek Ina main ...main apa tu? tak makan ke..
Bakal Angkasawanita Makan Burger McD ..
Friday, November 14, 2008
Jemaah Haji Pertama Terengganu Berlepas daripada LTSM
Dato' Ahmad bersalaman dengan jemaah haji di dalam pesawat MAS Boeing 747 yang membawa jemaah dari Kuala Terengganu terus ke Madinah.
Yang Di-Pertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Yang Teramat Mulia Tengku Seri Panglima RajaTengku Baderulzaman berkata demikian pada Majlis Meraikan Keberangkatan Jemaah Haji kumpulan pertama di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu, hari ini (13 November).Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said; Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Abu Musa Asa’ari Mohamed Nor serta exco kerajaan negeri.
Sebahagian jemaah haji daipada kumpulan pertama penerbangan terus Kuala Terengga u ke Madinah berkumpul di Stadium Tertutup, Gong Badak.
Tambahnya, dalam keghairahan melaksanakan ibadat haji, para jemaah perlu menjaga tatasulisa semasa di tanah suci.“Seorang bakal haji perlu mempunyai sifat sabar yang tinggi. Keadaan cuaca yang berbeza, kesesakan yang luar biasa dan budaya yang agak asing bagi kita, memungkinkan kita terdedah kepada sifat tidak sabar dan marah,” ujarnya.
Sanak saudara jemaah haji berkumpul di Lapangan Terbang Sultan Mahmud untuk mengucapkan selamat jalan kepada jemaah haji.
“Makkah dan Madinah adalah bumi suci, bumi yang penuh dengan keberkatan. Allah tidak akan mensia-siakan orang yang sentiasa bersabar,” katanya.
Beliau turut menyeru para jemaah haji agar tidak jemu untuk memperbanyakkan doa di waktu-waktu terluang untuk menambah pahala serta jauhilah perkara yang tidak boleh membawa manafaat.
“Bercakapalah tentang perkara yang berfaedah dan berusahalah untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita,” ucapnya.Sementara itu, sebanyak lapan penerbangan menggunakan pesawat Boeing 747 dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) terus ke Jeddah yang bermula pada hari ini dan penerbangan terakhir pada 25 November ini.Penerbangan sulung dari LTSM terus ke Jeddah turut mencipta sejarahnya tersendiri apabila dipandu oleh kapten yang berasal dari Besut, Dato’ Mohd Nawi Awang berlepas tepat jam 11.55 pagi.Penerbangan pertama itu turut membawa sebahagian kecil jemaah haji dari Kelantan dan Pahang dan dijangka tiba di Madinah pada jam 8.45 malam ini waktu Malaysia.
Sunday, November 9, 2008
Pavillion SDSI Showcase 2008.
Lawatan ke Homestay Seri Tanjung Masjid Tanah Melaka.

Seramai 60 pegawai kerajaan Negeri Terengganu diketuai oleh Pengurus Besar Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Homestay Seri Tanjung Masjid Tanah, Melaka.Lawatan diadakan bagi mengetahui pendekatan kendalian Homestay yang telah dilaksanakan disamping mempelajari kaedah pengurusan homestay.
Ternyata komitmen kejiranan yang ditunjukkan oleh penduduk memastikan elemen kejayaan pengurusan homestay kampung seri tanjung ini.
Thursday, October 30, 2008
Makan-Makan kat Bandar Miri ..
Miri - Apa yang menarik?
Pada 27hb Okt saya telah berkunjung ke Miri Sarawak bagi menguruskan persediaan pelaksanaan program Terengganu Showcase yang akan diadakan pada 27-30 Nov akan datang. Kunjungan kali ini merupakan ketibaan saya kali ke 5 di Miri.Kunjungan pertama adalah pada Feb 1991 semasa bertugas dengan Maybank. Dua kali kunjungan ke Miri dilakukan atas sebab tugasan bersama majikan sebelum ini iaitu KWSP iaitu pada tahun Ogos 1994 dan Julai 1996. Manakala kunjungan ke 4 adalah pada bulan Mac 2003 iaitu atas tugasan perniagaan.

Secara umumnya wujud perubahan yang ketara terhadap pembangunan MIRI. Namun apa yang menarik adalah pembangunan yang begitu terancang menjadikan MIRI seolah-olah lebih baik daripada Bandaraya Kuala Terengganu.Tiada kesesakan jalan raya dan yang lebih menarik wujudnya infrastruktur seolah MIRI setaraf dengan sebuah ibu negeri. Oleh itu status bandaraya yang diperolehi amat berpatutan.
Durian Miri - satu yang istimewa yang harus dirasai oleh pengunjung pertama kali ke Miri.
Keupayaan Miri sebagai bandar Minyak dan pelancongan menjadikan Miri agak strategik kepada pelawat daripada Brunei yang datang ke Miri.














