Wednesday, October 15, 2008

Kediaman Kami - Sedia Menerima Kedatangan Tetamu ..



Peminat Dr.Muzaffar Angkasawan Negara ...

Inilah anak buah yang memiliki kesetiaan kepada Icon Motivasi Negara - Angkasawan Negara.

Selamat Keberangkatan Tiba - Kerajaan Negeri Mengalukan.


Billboard Mengalu-alukan ketibaan Ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Kuala Terengganu. Satu Lagi sejarah kepada negeri dan rakyat Terengganu.

Chicken Rice Shop - pilihan kami sekeluarga ..


Susah juga nak pilih menu ...nak apa ye ?
Comel tak saya ... ini ain... Pilihan saya Chicken Rice Shop ..
Ina suka jugak... tapi mananya nasi? Mengapa lambat sangat ..inilah masalah utama Chicken Rice Shop kat Giant Terengganu ..servicesnya boleh saya bagi gred B- aje.
Mama ... mengapa mata macam nak tidur aje? Lambat tunggu nasi sampai ke ... bersabarlah

Sembahyang Tiang Iman ...





Sesungguhnya sembahyang adalah tiang iman dan keupayaan bersembahyang akan mampu menjadikan kita sebagai seorang khalifah yang mengerti kehidupan ini ... anak-anak menunaikan sembahyang ... khusus untuk membina iman dan keutuhan peribadi sebagai insan Allah swt.

Billboard di Bandar Kuala Terengganu - satu kemajuan.




B747


Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu bakal menjadi lapangan terbang bertaraf antarabangsa. - Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.

Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Gong Badak yang baru siap diubahsuai akan menjadi lapangan terbang bertaraf antarabangsa secara tidak rasmi pada 18 November ini apabila ia digunakan sebagai terminal berlepas untuk kumpulan bakal haji yang pertama dari pantai timur.

Dan tidak ramai pula yang mengetahui bahawa pada 17 Oktober ini sebuah Pesawat Boeing 747-400F akan mendarat dan membawa kargo antarabangsa yang pertama bernilai jutaan ringgit, iaitu kuda. Kuda-kuda ini dibawa oleh Malaysian Airlines Cargo Sdn Bhd (MASKargo) secara berperingkat untuk Kejohanan Sukan Kuda Lasak Antarabangsa yang berprestij yang akan berlangsung di Lembah Bidong, Setiu pada 5 hingga 9 November ini. Kedua-dua acara ini amat bererti kerana menjadi perintis kepada kemajuan pengangkutan udara kepada Malaysia dan negeri Terengganu khasnya. Unjuran daripada itu, Lapangan Terbang Sultan Mahmud akan menjadi hab serantau yang akan memberi impak positif kepada pembangunan ekonomi Terengganu.

Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu pemangkin pertumbuhan ekonomi Terengganu.

Perancang di Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) sedang melihat lapangan terbang ini sebagai pemangkin kepada setiap perkara yang berkaitan dengan pertumbuhan ekonomi di negeri ini. “ Sumbangannya kepada sektor pelancongan adalah amat besar. “Ia juga akan menggalakkan pelaburan dan menyediakan peluang pekerjaan dalam industri perhotelan serta sektor perkhidmatan,” kata Menteri Besar. “ Impak juga akan turut dirasai oleh sektor Pertanian dan Industri Asas Tani, pembangunan hartanah dan pembuatan. “ Terengganu akan menjadi hab ekonomi baru dan kita juga akan merasai perubahan gaya hidup masyarakat,”katanya. Dalam sektor Pertanian dan Industri Asas Tani, beliau berkata kawasan pedalaman boleh diterokai untuk perusahaan tanaman jagung, penternakan biri-biri dan juga lembu serta unggas di mana pegeluaran hasil boleh ditumpukan untuk pasaran eksport. “ Mereka yang menceburi sector pertanian di Terengganu sekarang ini perlu melihat ke pasaran eksport yang amat lumayan. “ Produk yang mudah lupus, termasuk buah-buahan tropika yang di anggap eksotik di beberapa negara, kini boleh di hantar ke destinasi seperti Jepun, Hong Kong atau Taiwan dalam masa yang singkat.” Dato’ Ahmad berkata, dengan kehadiran lebih banyak pelaburan, ia akan menyumbang kepada pertumbuhan pelbagai sektor ekonomi di mana impaknya juga akan dirasai oleh sektor hartanah yang diperlukan oleh pelabur asing untuk membina ibupejabat wilayah masing-masing. “ Saya percaya kita mempunyai insentif untuk untuk pelabur awal. Sudah tentu kita juga akan berusaha untuk menarik minat pelabur dengan mengurangkan karenah birokrasi. Dato’ Ahmad juga membayangkan perubahan pembangunan fizikal di sekitar Kuala Terengganu dalam jangkamasa 10 hingga 15 tahun dengan lebih banyak bangunan pencakar langit dan pusat-pusat perniagaan akan dibina.

Terengganu akan membangun pesat dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.

“ Dengan peluang-peluang yang akan hadir, saya ingin rakyat bersedia untuk mengambil kesempatan tersebut. Kemajuan tidak dapat dielakkan." “ Jika anda berada di Terengganu 15 tahun dahulu, perjalanan melalui jalan raya amat cepat dan mudah, tetapi sekarang kita sudah mendengar rungutan tentang kesesakan lalu lintas seperti bandar-bandar utama di negara ini.
“ Saya percaya, perancang bandar akan menyediakan pelan induk untuk menjadikan Kuala Terengganu dan kawasan-kawasan sekitarnya sebagai kawasan yang selesa untuk dihuni,” tambahnya.