Friday, August 29, 2008

Al-Quran, hadis perjelas khasiat kurma

Oleh Nik Salida Suhaila Nik Saleh


DAPAT SAMBUTAN: Buah kurma laris dijual pada bulan Ramadan.

Perlu jadi makanan rutin berbanding juadah kini yang banyak bahan bahayakan kesihatan

MENIKMATI pelbagai juadah sewaktu berbuka puasa pasti tidak lengkap tanpa buah kurma walau sebiji untuk mendapatkan pahala sunat.

Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi yang bermaksud: Daripada Sulaima bin Amir Adh-Dhabiyyi, sesungguhnya Nabi bersabda, “Apabila seseorang di antara kamu berbuka, hendaklah ia makan kurma. Jika tidak ada kurma, hendaklah ia berbuka dengan air kerana air itu adalah pembersih.”

Alangkah baiknya jika kurma dijadikan makanan rutin dalam hidangan harian kerana manfaatnya yang tinggi berbanding pelbagai jenis makanan hari ini yang terlalu banyak bahan membahayakan kesihatan.

Seruan itu juga sebagai memberi peringatan memandangkan menjelang bulan Ramadan, banyak gerai jualan menawarkan juadah pelbagai rasa dan warna, bahkan yang tidak pernah terlihat pun ada termasuk resipi baru dicipta sempena bulan puasa.

Kedatangan Ramadan sudah mula terasa. Pasar raya mula mengeluarkan stok kurma yang banyak, ada segar, ada pula nampaknya bagai tersimpan sekian lama, maklumlah jika bukan kerana Ramadan kurma menjadi hidangan asing walau kepada penggemar buah-buahan.

Di Madinah, kurma segar atau kurma masak yang tidak dikeringkan dijual di Pasar Kurma, tidak jauh dari Masjid Nabawi, tetapi lebih segar jika boleh dapatkannya di ladang kurma. Warnanya merah dan ulasnya yang besar sangat menggiurkan sesiapa saja tetapi kurma segar tidak tahan lama.

Bagi simpanan dalam tempoh waktu panjang, ramai suka kurma kering kerana rasanya enak dan senang dibawa ke mana-mana.

Rasulullah SAW gemar makan buah kurma dengan hidangan yang lain. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya: “Aku melihat Rasulullah SAW memakan buah-buahan dengan kurma masak.”

Menyentuh buah kegemaran Rasulullah SAW ini, ia sesuai dikaitkan dengan bulan Ramadan, kerana manfaatnya yang besar bukan saja untuk berbuka tetapi juga bersahur. Dalam hadis diriwayatkan Ibn Hibban dan Baihaqi yang bermaksud: “Daripada Abu Hurairah, berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma.”

Kurma adalah sejenis buah dari tumbuhan palma yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C serta niasin. Kurma yang dari segi saintifiknya dikenali sebagai phoenix dactylifera L berkesan mengubati gangguan usus kronik dan mengatasi sembelit.

Kurma juga penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia, mengurangkan batuk serta pelbagai khasiat lain seperti diceritakan dalam 21 ayat al-Quran yang menyebut mengenai buah kurma.

Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil atau selepas bersalin. Hal ini berasaskan wahyu diturunkan Allah kepada ibu Nabi Isa iaitu Saidatuna Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan.” (Surah Maryam, ayat 25)

Sabda Rasulullah SAW mengenai hal yang sama iaitu: “Beri makan buah tamar kepada isteri kamu yang hamil dan barang siapa memakan buah tamar itu semasa hamilnya, maka anak yang lahir akan menjadi seorang anak penyabar dan bersopan santun, kerana makanan Siti Maryam ketika melahirkan Nabi Isa adalah buah tamar.”

Unsur zat besi dan kalsium dalam buah kurma adalah unsur paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, ia dapat diatasi dengan memakan buah kurma sekali gus menggalakkan pertambahan kandungan susu.

Buah kurma juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak, pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain dijalankan membuktikan kurma antara makanan paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma akan segera dibakar dan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Berdasarkan al-Quran dan hadis Rasulullah SAW, saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma. Mengikut kajian Dr Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh Mengandung Dari Segi Perubatan, Fiqhiyah Dan Perundangan, menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan urat rahim pada bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi. Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

Mengikut hasil kajian ahli sains Mesir pula, khasiat kurma terbukti membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan, mencergaskan minda serta membantu tumbesaran kanak-kanak.

Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah, menghindari penyakit barah, merawat buah pinggang, mencuci hati dan membantu mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran. Tidak saja buah kurma, umbut pokok kurma juga boleh dijadikan makanan dan mempunyai khasiat tersendiri.

Rasulullah SAW menyebutkan mengenai khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan Imam Bukhari yang bermaksud: “Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang memakan tujuh biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu.”

Khasiat kurma Ajwah sebagaimana disebut dalam hadis adalah satu kelebihan dikurniakan Allah sesuai dengan kemuliaannya sebagai jenis kurma pertama ditanam sendiri Rasulullah SAW. Oleh itu, sesiapa menunaikan haji atau umrah di Makkah pasti tidak lupa merasa Ajwah yang enak dan lazat.

Rasulullah juga pernah bersabda yang bermaksud: “Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.”

Hadis itu menerangkan walaupun hanya bersedekah sebelah buah kurma, kita terhindar daripada api neraka. Justeru, ada baiknya kita mulakan Ramadan kali ini dengan niat untuk bersedekah lebih dari tahun sebelumnya.

Jika mampu dengan harta dan wang ringgit, paling tidak pun memberi makan buah kurma kepada orang miskin dan kurang berkemampuan ketika berbuka. Tetapi tidak salah juga sekadar mewakafkan tenaga dan masa dengan beramal jariah untuk umat yang masih tersisa di bumi ini.

Penulis ialah pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Malaysia (Usim)

INFO: Khasiat kurma

  • Kurma adalah buah dari tumbuhan palma yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C serta niasin.

  • Dari segi saintifiknya dikenali sebagai phoenix dactylifera L berkesan mengubati gangguan usus kronik dan mengatasi sembelit.

  • Penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia, mengurangkan batuk serta pelbagai khasiat lain seperti diceritakan dalam 21 ayat

    al-Quran yang menyebut mengenai buah kurma.

  • Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada ketika hamil atau selepas bersalin.

  • Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, ia dapat diatasi dengan memakan buah kurma sekali gus menggalakkan pertambahan kandungan susu.

  • Berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak, pembentukan darah dan sumsum tulang.

  • Antara kajian lain dijalankan membuktikan kurma antara makanan paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga.

  • Khasiatnya terbukti membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan, mencergaskan minda kanak-kanak.

  • Jus kurma dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

  • Ia juga membantu melicinkan perjalanan darah, menghindari barah, merawat buah pinggang, mencuci hati dan membantu mengurangkan pengaliran darah ketika kelahiran.

    Tidak saja buah kurma, umbut pokok kurma juga boleh dijadikan makanan dan mempunyai khasiat tersendiri.
  • Manusia sukar nikmati bahagia selagi keimanan belum mantap

    SEMUA orang inginkan kebahagiaan dalam apa juga perkara di dunia ini. Buddhisme mengemukakan teori kebahagiaan antaranya melalui persiapan untuk semadi dengan jalan lurus, cinta kepada kebenaran, kehalusan dan tulus hati.

    Aristotle pula memandang kebahagiaan sebagai sesuatu yang tertinggi dalam penghidupan. Formula kebahagiaan menurut Aristotle ialah harus memiliki harta secukupnya, membina persahabatan dan menegak keadilan. Beliau berkata: "Kebaikan bukan untuk kebaikan, melainkan kebaikan untuk merasai kebahagiaan."Sesuai pula dengan pandangan tiga kelompok Pithagoras, Socrates dan Aristotle bahawa bahagia itu terbentuk daripada empat sifat utama iaitu, hikmah, keberanian, kehormatan dan keadilan.

    Seorang pujangga Russia yang terkenal dan berpengaruh sebelum pemerintahan komunis di Kesatuan Soviet iaitu Leo Tolstoy pernah mengutarakan mengenai kebahagiaan. Katanya: "Ada pun kebahagiaan yang sejati ialah mencintai sesama manusia seperti mana mencintai diri sendiri maka amanlah dunia teraturlah pergaulan hidup, tersebarlah perdamaian dan tersingkirlah perbalahan hingga semua orang berasa dirinya untuk kepentingan masyarakat."

    Sesetengah orang menganggap kebahagiaan itu adalah kepuasan hidup. Winano Surachmad dan Prof R Murray Thomas juga pernah menukilkan: "Seseorang yang memiliki kemampuan, keterampilan dan kesempatan untuk memenuhi keinginannya, penghargaan, jaminan dari bahaya dan lain-lain adalah manusia yang berbahagia."

    Ada juga sesetengahnya menganggap kebahagiaan itu terletak pada kewibawaan, pangkat, kedudukan dan nama yang tersohor. Namun walau apapun yang dicetuskan, kebahagiaan masih tetap menjadi suatu pencarian.

    Pujangga pernah berkata: "Orang yang mencapai kebahagiaan sebenarnya ialah orang yang mempunyai keperibadian kuat, selalu berusaha mencapai tujuan tertentu yang mulia dan dorongannya tidak bertentangan dengan kemanusiaan."

    Berkata juga Imam al-Ghazali: "Menempuh jalan menuju kebahagiaan adalah kemantapan hati orang yang cerdik, sedangkan meremehkan kebahagiaan adalah kelalaian orang bodoh."

    Sebenarnya, fitrah dan kecenderungan manusia yang diciptakan Allah SWT ialah untuk mencari kebahagiaan dan menikmati ketenangan hidup. Namun ia tidak mungkin tercapai tanpa iman.

    Firman Allah yang bermaksud: "Lantaran itu, bukankah tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mengadakan pendustaan atas nama Allah atau mendustakan ayat-Nya? Sesungguhnya tidaklah akan berbahagia orang yang berdosa." (Surah Yunus, ayat 17)

    Jelaslah, iman sebagai faktor utama yang memungkinkan seseorang itu berbahagia seperti tersurat dalam firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya berbahagialah orang yang beriman." (Surah al-Mukminun, ayat 1)

    Firman Allah SWT lagi yang bermaksud: "Mereka berbahagia, bergirang hati kerana memperoleh nikmat dan kurnia dari Allah dan kerana sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan ganjaran orang beriman." (Surah ali-Imran, ayat 171)

    Iman adalah sebagai permata yang dirasakan nikmat paling agung, kerana itulah jaminan kebahagiaan, ketenangan jiwa dan ketenteraman dalam hidup. Sebaliknya orang yang hati kusut dan kacau akan kehilangan arah tujuan.

    Allah SWT berfirman bermaksud: "Orang beriman itu tenteram hati mereka lantaran ingat kepada Allah. Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu mententeramkan jiwa." (Surah al-Ra'ad, ayat 28)

    Salah satu faktor pembangunan kebahagiaan ialah apabila diperdengarkan ayat dan keterangan Allah SWT maka bertambah keimanan serta ketakwaan. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Sesungguhnya orang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut nama Allah takutlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-Nya kian bertambah iman mereka, dan kepada Tuhan mereka berserah diri." (Surah al-Anfal, ayat 2)

    Kebahagiaan mukmin sebenarnya meliputi dua alam iaitu kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Kebahagiaan bukan hanya pada kepuasan hidup atau harta, pangkat dan kedudukan yang hanya bersifat sementara tetapi suatu kenikmatan kebahagiaan bersifat kekal abadi.

    Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Orang beriman dan beramal soleh adalah kebahagiaan bagi mereka dan tempat kembali yang baik." (Surah ar-Ra'ad, ayat 97)

    Kebahagiaan juga bukan hanya berpangkalan pada iman, juga kebahagiaan masyarakat seluruhnya. Kesejahteraan dan kebahagiaan negara akan wujud sempurna jika ditegakkan atas prinsip keimanan. Sebaliknya, jika penduduk negeri itu ingkar dan tidak mengendahkan nilai keimanan, maka akan hilang kemakmuran dan kebahagiaan itu.

    Hayati janji Allah SWT dalam firman yang bermaksud: "Allah berjanji kepada mukmin lelaki dan wanita akan menganugerahkan mereka syurga yang mengalir padanya sungai, kekal di dalamnya dan tempat yang baik dalam syurga yang kekal sedang keredaan dari Allah adalah lebih besar, demikian itu adalah suatu kebahagiaan yang besar." (Surah at-Taubah, ayat 72).
    Logo Merdeka 50% tiru simbol Taiwan
    Aug 29, 08 2:00pm

    Logo sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-51 didakwa mirip logo anugerah produk cemerlang yang diberikan oleh kementerian hal-ehwal ekonomi Taiwan.

    copy taiwan logo and merdeka 51st celebration logo fiasco 280808 02Logo tiga warna utama Jalur Gemilang yang memenangi hadiah RM10,000 berbeza sedikit daripada lambang anugerah Taiwan, yang serba merah, apabila ia memuatkan tiga bulatan kecil di tengah-tengahnya.

    Sisi-sisi reka bentuk itu juga (foto atas, kanan) lebih bulat berbanding logo Taiwan itu.

    Dengan kerjasama Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA), produk-produk yang cemerlang dari negara itu ditampalkan dengan logo anugerah itu setiap tahun sejak 2003.

    Bersama logo merah itu yang telah didaftarkan sebagai cap dagang, produk terbaik republik itu bertulis "It's very well. Made in Taiwan."

    Logo sambutan kemerdekaan Malaysia tahun ini dengan slogan 'Perpaduan Teras Kejayaan' dimenangi oleh seorang artis bernama Anuar Dan.

    copy taiwan logo and merdeka 51st celebration logo fiasco 280808 04Dihubungi Malaysiakini hari ini, artis itu mengakui "50 peratus" logo sambutan kemerdekaan itu diambil daripada lambang produk terbaik Taiwan.

    Lambang itu dirujuk sebagai bahan kajiannya sebelum menghasilkan logo 'Perpaduan Teras Kejayaan', katanya.

    Anuar (foto kiri) menjelaskan, beliau memasukkan idea-ideanya sendiri untuk mencipta logo sambutan itu.

    Logonya antara 800 penyertaan yang diterima untuk peraduan melukis logo sambutan ulang tahun kemerdekaan negara tahun ini yang bakal disambut dua hari lagi.

    Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal melancarkan logo dan slogan itu awal bulan ini bersama lagu baru ciptaan Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) dan Lokman Ghani.

    Menurut penjelasan rasmi, logo ini diilhamkan daripada "ikatan tiga figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan 'Perpaduan Teras Kejayaan'.

    "Tiga ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara" yang mewakili pelbagai kaum mencapai kejayaan dalam perpaduan.

    Di logo sambutan kemerdekaan itu, merah membawa makna "keberanian rakyat", putih (kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia), biru (perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia), manakala kuning (sistem beraja dan Yang di-Pertuan Agong).

    Malaysiakini telah dimaklumkan mengenai kemiripan kedua-dua logo itu melalui emel yang diterima daripada seorang pembaca. Berita penuh di sini

    Intipati bajet 2009 'kerajaan prihatin'
    Aug 29, 08 4:22pm

    Berikut adalah intipati Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Dewan Rakyat hari ini.

    Jumlah bajet

    bullet buttonBajet 2009 sebanyak RM207.9 bilion - naik 5.1 peratus dari tahun lalu. Dari jumlah itu RM154.2 bilion bagi peruntukan mengurus manakala RM53.7 bilion bagi peruntukan pembangunan.

    budget 2009 290808 04bullet buttonPeruntukan pengurusan - RM86.3 bilion atau 56.6 peratus (pemberian dan kenaan bayaran tetap); RM38 bilion (emolumen), RM26.5 bilion (perkhidmatan dan bekalan), RM2.4 bilion (pembelian aset) dan RM1 bilion (perbelanjaan lain).

    bullet buttonPeruntukan pembangunan - RM27.8 bilion (sektor ekonomi - pertanian, perindustrian, perindustrian dan infrastruktur), RM17.8 bilion (sektor sosial - pendidikan, kesihatan dan perumahan), RM4.1 bilion (sektor keselamatan), RM2.1 bilion (pentadbiran) dan RM2 bilion (simpanan luar jangka).

    bullet buttonBajet 2009 menumpukan kepada langkah-langkah yang akan memastikan kesejahteraan yang telah dibina selama ini terus terjamin dan untuk itu adalah penting diperkukuhkan daya tahan ekonomi supaya negara berupaya menangani kesan persekitaraan luar yang semakin sukar.

    bullet buttonBertemakan Kerajaan Prihatin, Bajet 2009 tertumpu kepada tiga strategi khusus iaitu, menjamin kesejahteraan rakyat, membangun modal insan berkualiti dan memperkukuh daya tahan negara.

    bullet buttonKerajaan akan melaksanakan pelbagai langkah bertujuan meringankan beban kos sara hidup, terutamanya ke atas golongan berpendapatan rendah dan yang kurang bernasib baik.

    Jaringan keselamatan sosial

    Kerajaan telah menaikkan tahap kelayakan pendapatan isi rumah bagi pemberian bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kelayakan pendapatan isi rumah kini ditingkatkan daripada RM400 sebulan kepada RM720 sebulan untuk semenanjung, RM830 sebulan untuk Sarawak dan RM960 untuk Sabah.

    bullet buttonMenghargai jasa pesara, dan bagi membantu pesara berpendapatan rendah yang menghadapi kesukaran untuk menampung sara hidup harian, pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan mulai 1 Januari 2009.

    bullet buttonKerajaan akan menubuhkan satu tabung khas berjumlah RM25 juta bagi menyalurkan pemberian kewangan kepada keluarga yang hilang punca punca pendapatan secara mengejut seperti akibat kemalangan.

    budget 2009 290808 02bullet buttonMemandangkan tanggungjawab besar ibu pelihara di Rumah Tunas Harapan, kerajaan telah menaikkan jumlah Elaun Ibu Pelihara daripada RM600 kepada RM1,000 sebulan. Kenaikan ini berkuatkuasa mulai 1 September 2008.

    Membasmi kemiskinan

    bullet buttonKadar kemiskinan dikurangkan dari 5.7 peratus pada 2004 kepada 3.6 peratus pada tahun 2007.

    bullet buttonKerajaan telah menyediakan RM50 juta dibawah Program Bantuan Rumah untuk membina 1,400 rumah baru dan membaikpulih 1,000 buat rumah.

    bullet buttonUsaha akan terus diambil untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup rakyat di Sabah dan Sarawak, terutamanya untuk mempertingkatkan kemudahan asas, seperti bekalan elektrik, air dan jalan luar bandar. Untuk ini, RM580 juta disediakan bagi Sabah dan Rm420 juta untuk Sarawak.

    Kecuali bil elektrik RM20

    bullet buttonIsi rumah yang membayar bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan tidak perlu menbayar bil elektrik berkuatkuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009.

    bullet button Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia ialah 6.3 peratus bagi suku kedua 2008, menjadikan pertumbuhan setengah tahun pertama tahun ini pada tahap 6.7 peratus.

    Cukai pendapatan

    bullet buttonRebat cukai pendapatan dinaikkan dari RM350 kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000. Ekoran itu 100,000 pembayar cukai dari golongan berpendapatan rendah, tidak lagi dikenakan cukai.

    Barangan pengguna

    bullet buttonDuti import atas beberapa barangan pengguna - pengisar makanan, periuk nasi, ketuhar gelombang mikro dan cerek elektrik - dikurangkan dari antara 10 hingga 60 peratus kepada 5 hingga 30 peratus.

    Cukai jalan

    bullet buttonCukai jalan bagi kenderaan penumpang bersendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat, dikurangkan mengikut kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol, mulai 1 September 2008.

    Orang Kurang Upaya (OKU)

    bullet buttonMemberi elaun RM150 sebulan kepada Orang Kurang Upaya (OKU).

    bullet buttonMurid OKU di sekolah pendidikan khas akan ditambah dari RM50 kepada RM150.

    bullet buttonBayaran insentif RM200 sebulan untuk pembantu guru di sekolah pendidikan khas.

    Kakitangan kerajaan

    bullet buttonBayaran bonus sebulan gaji bagi 2008 atau minimum RM1,000 dalam dua bayaran pada September dan Disember ini.

    bullet buttonTempoh pinjaman perumahan dilanjutkan dari 25 tahun kepada 30 tahun bagi pinjaman baru

    bullet buttonKemudahan pinjaman perumahan bagi kerja ubahsuai rumah yang tidak dibeli melalui pinjaman perumahan kerajaan

    bullet buttonBuka panel insurans pinjaman perumahan kerajaan kepada semua syarikat insurans yang layak. Pada masa ini ia terhad kepada lima syarikat sahaja.

    bullet buttonKelayakan pendapatan isirumah untuk mendapat subsidi yuran Taska bulanan RM180, dinaikkan dari RM2,000 kepada RM3,000 mulai 1 Januari 2009.

    bullet buttonKemudahan tambang pergi-balik percuma sekali dalam tempoh dua tahun untuk mengunjungi wilayah asal iaitu antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak ditambah daripada sekali bagi setiap dua tahun, kepada setiap tahun mulai 1 Januari 2009.

    Pembangunan Koridor Pertumbuhan

    bullet buttonIskandar Malaysia - Peruntukan tambahan RM300 juta di bawah Dana Pelaburan Strategik disediakan bagi melaksanakan projek perkongsian sektor awam dan swasta, seperti pengangkutan, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan industri kreatif.

    Pelancongan

    bullet buttonKerajaan sedia peruntukan RM50 juta untuk kerja pemuliharaan di Pulau Pinang dan Melaka, yang akan dikendalikan oleh badan bukan kerajaan dan sektor swasta.

    bullet button Pelaburan baru oleh pengusaha hotel bertaraf empat dan lima bintang di Sabah dan Sarawak dikecualikan cukai pendapatan 100 peratus atau elaun cukai pelaburan 100 peratus bagi tempoh lima tahun.

    bullet button Syarikat modal teroka yang melabur sekurang-kurangnya 30 peratus dalam bentuk permulaan dan pembiayaan peringkat awal.

    Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

    bullet buttonPeruntukan RM5.4 bilion untuk tingkatkan keupayaan PDRM - RM4.8 bilion bagi belanja mengurus dan RM600 juta belanja pembangunan.

    bullet button Peruntukan RM200 juta bagi pembinaan ibupejabat, balai dan pondok polis di seluruh negara.

    bullet button

    Semua premis perniagaan yang memasang alat kawalan keselamatan di beri Elaun Modal Dipercepatkan yang boleh dituntut sepenuhnya dalam tempoh satu tahun.

    Pengangkutan

    bullet button

    K'jaan sedia kemudahan pinjaman mudah melalui dana pengangkutan awam RM3 bilion di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk biayai perolehan aset bas dan rel

    bullet button

    Pengurangan 50 peratus bayarn tol bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh du atahun mulai 15 September 2008.

    bullet buttonKecekapan pengangkutan awam ditingkatkan melalui perbelanjaan RM35 bilion dari 2009 hingga 2014.

    Kesihatan

    bullet button Duti eksais spesifik ke atas rokok dinaikkan sebanyak 3 peratus sebarang - dari 15 sen kepada 18 sen.

    bullet button Dengan ini, cukai untuk sekotak rokok 20 batang kini meningkat sebanyak 60 sen.

    - Kadar bayaran insentif pakar perubatan akan dinaikkan untuk 3,800 pegawai dengan perbelanjaan tambahan RM26 juta.

    bullet button Kadar bayaran insentif pasukan perubatan udara di Sabah dan Sarawak dinaikkan.

    bullet button Bagi pembantu perubatan, kadar bayaran dinaikkan dari RM20 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik.

    bullet button Bagi jururawat pula, dari RM15 kepada RM30 satu penerbangan pergi balik.

    bullet buttonPengecualian cukai bagi perubatan radisional seperti akupuntur dan ayuvedic.

    Nelayan dan petani

    Peruntukan RM300 juta, yang mana RM180 juta adalah untuk menampung sara hidup nelayan dan pemilik bot perikanan manakala RM120 juta sebagai insentif tangkapan ikan.

    bullet buttonElauan pelaburan semula sebanyak 60 peratus bagi tempoh 15 tahun bagi pelaburan tambahan bagi penternak ayam dan itik.

    bullet buttonPeruntukan RM475 juta bagi bantuan input pertanian, baja dan racun perosak bagi membantu pesawah.

    bullet button Pemansuhan duti import bagi baja dan racun perosak.